in

“Tak sedap macam dulu” – Netizen Puji Pelanggan Tinggalkan Nota Bagi Restoran ‘Improve’

Tomyam 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap daripada kita mesti ada masakan kegemaran di kedai makan pilihan terutamanya jika makanan itu sukar dijumpai ataupun rasanya kena dengan tekak. Sebagai contoh, ada orang yang suka makan tomyam di kedai tukang masak asli dari negara Thailand.


Namun, menjadi kebiasaan jika masakan di kedai makan berubah-ubah rasa mungkin disebabkan tukang masak yang berbeza.

Artikel berkaitan: Pemuda Kongsi Resipi Kuih Raya Tomyam, Ramai Kata Sama Macam Biskut Yaya Dalam BoBoiBoy

Artikel berkaitan: “Letak pes ni je terus sedap” – Ini Rupanya Rahsia Tomyam Sedap Macam Dekat Kedai

Baru-baru ini viral di media sosial Facebook, perkongsian daripada page Makan Sedap menunjukkan satu nota kecil yang diselitkan pada mangkuk tomyam.

Dalam nota kecil itu, pelanggan berkata dia sudah datang ke kedai sebanyak dua kali sebelum ini namun nasib tidak menyebelahinya kerana rasa tomyam itu tidak seperti dulu. Dia menegur masakan tomyam yang dikatakan tiada rasa masam, pedas, manis dan lemak. Tetapi hanya rasa udang kering yang berlebihan dalam masakan itu.

Pelanggan itu turut menyatakan rasa sedih kerana tomyam kegemarannya dahulu tidak sesedap yang disangka.

Namun begitu, hantaran ini telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang memuji tindakan pelanggan ini. Mereka berkata, nota kecil ini seperti ‘teguran halus’ jika pelanggan ada rasa malu untuk menegur tuan kedai secara face to face.

Tomyam 1

Ada segelintir netizen berkongsi bahawa mereka pernah menggunakan cara tulisan nota ini untuk menegur tuan kedai untuk improve masakan pada masa hadapan. Namun, ada sesetengah daripadanya mengadu dimarahi oleh tuan kedai kerana menegur masakan yang kurang sedap itu.

Tomyam 2 Tomyam 3

Bagusnya cara macam ni! Cute je…

Sumber: Facebook

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.