in

“Tak sangka tu petanda” – Anak Kongsi Abah Tidur Lewat Nak Luang Masa Dengan Anak-anak

Collage 23

Semalam, sehari sebelum sekolah dibuka semula, seorang cikgu telah terjatuh dari balkoni tingkat satu semasa membuat persiapan terakhir untuk menyambut murid-murid ke sekolah.

Cikgu lelaki berusia 54 tahun dari Sekolah Kebangsaan Batu Gajah ini dikatakan terjatuh semasa memeriksa sistem paip dan sinki di tingkat satu semasa berdiri di atas kerusi pada jam 12.30pm.

Menurut ketua polis daerah Tanah Merah, DSP Zainuddin Md Yusof, cikgu, Rosle Abdul Aziz telah mengalami kecederaan parah di kepala selepas terhantuk di longkang, lapor Bernama.

107893217 1621532654691105 8638262177559202118 N

Mangsa dikatakan telah memanjat kerusi plastik di balkoni sebelum dia tergelincir dan terjatuh ke tingkat bawah setinggi tiga meter. Dia mengalami kecederaan parah di kepala kerana impak terkena longkang dan meninggal di tempat kejadian.”

Cikgu Rosle merupakan guru Matematik di sekolah tersebut dan telah mengajar selama 17 tahun.

Bercakap dengan Harian Metro, anak sulung cikgu ini, Muhammad Zulhakim mengatakan, seminggu sebelum bapanya meninggal, dia sering tidur lewat untuk luangkan masa bersama anak-anaknya.

Abahmaut 1594725514

Abah selalu tidur awal, namun sejak seminggu lalu, dia sanggup meluangkan masa dengan anak sehingga kami semua masuk tidur pada 12 tengah malam.”

Memang agak pelik dan tidak menyangka itu petanda abah akan meninggalkan kami buat selama-lamanya.”

Menurut Zulhakim lagi, ketika hari kejadian, dia sempat singgah ke sekolah pada jam 12 pagi kerana nak beri dokumen kepada ayahnya namun hanya adiknya saja yang keluar bertemu ayahnya.

Abah sebelum ini ada menceritakan setiap kelas di sekolahnya memasang sinki sebelum pembukaan sekolah esok dan abah memang minat bertukang.”

Tambah Zulhakim lagi, walaupun dia dan keluarganya terkejut dengan pemergian mendadak ayahnya itu, tapi keluarganya redha dengan ketentuan Allah.

 

Baca: “Maut sebab tuntut ilmu” – Gara-gara Cari Line Internet, Pelajar Meninggal Jatuh Dari Tingkat Atas Masjid

Screenshot 2020 07 15 At 12.25.57 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: HMetro