in

Tak Puas Hati Kena Kecam di Facebook, Wanita Berdendam Culik Remaja Perempuan

Facebook Reactions Hero Android Phone Web Screen Web 01

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu kecam mengecam di Facebook ini sudah menjadi hal biasa pada zaman kini. Kalau artis pun hari-hari kena kecam dengan netizen walaupun mereka ada ramai peminat dan penyokong, apatah lagi kita rakyat biasa yang tidak dikenali dan entah siapa-siapa. Tapi janganlah pulak kerana sakit hati akibat kena kecam, anda buat perkara yang menyalahi undang-undang!


Menurut Harian Metro, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun telah diculik oleh wanita yang berpakat dengan enam rakan akibat tidak puas hati dikecam di Facebook.

Dendam 2
sumber: harian metro

Dalam kejadian yang berlaku di Wakaf Che Kapor, Kuala Terengganu, mangsa yang bernama Ailin bersama tiga rakannya dikatakan menaiki Proton Axia sebelum kereta mereka dipintas suspek berusia 26 tahun itu sekitar jam 12.30 malam.

Sebaik kereta mereka dihadang, dua wanita keluar dari kenderaan tersebut dan menarik mangsa keluar sehingga terseret jatuh di atas jalan raya. Dia kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan MPV dan tangan serta kakinya diikat manakala mukanya pula ditutup.

Setelah dipukul di dalam kenderaan tersebut, mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan dekat Kampung Teratak Batu, Marang. Namun, mujurlah dia berjaya diselamatkan orang awam dan membuat laporan polis berkaitan hal tersebut.

Menurut mangsa, punca kejadian ini berlaku hanyalah kerana sebuah status yang dimuat naik suspek di Facebook yang menjadi perbalahan hangat mereka berdua. Malah mangsa juga mengakui suspek dengannya sudah mengenali antara satu sama lain sejak setahun yang lalu di laman sosial. Laa kenapa sampai jadi macam ni? 

Dendam 3
sumber: harian metro

“Bukan setakat mengata saya, dia (suspek) juga melemparkan fitnah terhadap kakak, ibu dan bapa saya.

“Bila kakak buat laporan polis kira-kira dua minggu lalu, dia tak puas hati tapi saya tak sangka dia bertindak menculik saya dan sanggup pula menyewa kereta semata-mata ingin melakukan jenayah itu,” jelas Ailin.

Walau bagaimanapun, dua suspek wanita telah berjaya dikesan dan pihak polis telah menahan kedua-duanya di daerah tersebut pada 27 Februari lalu. Dalam pada itu, lima rakan subahat suspek lagi masih dikesan dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Dendam
sumber: harian metro
41519800027 Culikreman
sumber: astro awani

Haihh pasal hal kecam mengecam pun sampai masuk penjara ni. Hati-hatilah dalam bertindak. Jangan ikut emosi sangat. 

Baca: Seminggu Diculik, Remaja 17 Tahun Dirogol Berkali-kali Kerana Kekasih Tak Bayar Hutang 

Culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.