in

“Tak pernah perit macamni” – Nabila Huda Positif Covid-19 Sekali Lagi, Akui Simptom Kali Ini Lebih Sakit

Page Nabila Huda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa negara kita sepenuhnya berada di bawah gelombang Omicron, peningkatan kes harian juga dilihatkan melonjak naik.


Boleh dikatakan juga, semakin ramai yang positif Covid-19 malah trend ini dilihatkan banyak berlaku di kalangan selebriti disebabkan profesion mereka sebagai artis yang terpaksa berada di tempat terbuka.

Seperti satu posting screenshot perbualan Nabila Huda bersama dengan suami menerusi direct message (DM) yang dimuatnaik di akaun Instagramnya @kupu_kupu, dia memaklumkan bahawa dirinya telah dijangkiti virus tersebut untuk kali kedua.

Nabila Huda yang kini berada di Perlis untuk sesi penggambaran memaklumkan bahawa dia telah melakukan ujian kendiri RTK-Ag sebelum bergerak ke sana namun keputusan sebaliknya diterima selepas buat sekali lagi ujian tersebut sebaik saja tiba.

Ujarnya lagi di IG Story, dia mengatakan bahawa simptom kali ini lebih menyakitkan kerana dia mengalami sakit tekak yang teruk, demam dan juga batuk yang mana sebelum ini dia hanya hilang deria bau dan juga rasa.

“Before this i hilang deria bau and rasa je which is tak rasa sakit (secara fizikal)” – Nabila Huda

Perkongsian Nabila Huda itu mendapat ucapan dari rakan selebriti yang mendoakan agar segera diberikan kesembuhan dari Covid-19. Bukan itu saja, turut ada juga yang terhibur dengan reply bersahaja dari suaminya.

Komen

Apa-apa pun, get well soon Abil! Nasib baik lah krew production semua jaga betul kesihatan Abil kat Perlis tu…

Baca: [VIDEO] Lelaki Positif Covid Print Kadbod Besar, Tak Nak Terlepas ‘Group Photo’ Wedding Kawan

Untitled 2 7

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.