Sebelum ni viral kanak-kanak berzikir malah ada yang bernasyid sewaktu ingin di-khatankan, di Indonesia juga keletah lucu kanak-kanak menyanyi lagu ‘Blackpink’ sewaktu disuntik juga telah menarik perhatian ramai.
Terbaharu, viral di media sosial aksi si comel berzikir “Ya Latiffu Ya Latif……” gara-gara takut dimarahi ibunya kerana berkubang di belakang rumah meraih lebih 170 ribu tontonan di facebook…amboi siap berzikir lagi dik hahaha..
https://www.facebook.com/nur.f.farihan/videos/1968716976499267/?lst=100000600332477%3A100000829510054%3A1544073129
Menerusi posting di laman facebook milik Nor Farra Farihan, dia berkata sewaktu kejadian dia berada di dalam rumah kerana hari hujan, tiba-tiba dia terdengar anaknya berzikir “Ya Latiffu Ya Latif…”
Mama kena tipu dengan Uwais…..
“Bila Balik kg, Mama kena tipu nga uwais, Mama Kat dlm umah X tgk lagi uwais nga umar, dlm hati Bagus uwais ni dok berzikir ujan2 ni, Rupa-rupanya bila tgk kat luar Dia dok main air selut,berenang-renang ke tepian…..”
“………x nak bagi mama naik hantu, dia pun berzikir la, ya latiff ya latiff maksudnya maha lembut…Dia putar otak suh mama lembut Hati X Marah Dia berkubang… I tgh geram X lembut lagi Hati ni uwais… 4 Tahun budak ini.”
Berdasarkan posting terbabit, ibunya berkata Uwais cepat-cepat melaungkan zikir Ya Latif lepas je dia ternampak ibunya sedang memerhatikan perlakuan dia dari jauh…..haishhhh uwais2 macam mana ibu tak cair hahaha..
Kanak-kanak berusia 4 tahun itu dikatakan tidak berkubang seorang diri dalam air yang berselut dengan tanah merah itu, sebaliknya Uwais ditemani adiknya, Umar.
Mak nye almost jadi naga agaknya…..!
Rata-rata netizen cukup geli hati dengan ‘perangai’ adik-beradik itu.
‘La igtkan ank badak berkubang, rupanya si bambam….’
Haishh Uwais kalau lah anak admin ni, dah lama tarik pipi bambam tu….geram hahahah
Nasib baik emaknya tak berubah jadi singa, mau baca yassin si Uwais ni nanti….
Baca : Ingat Lagi Tak Budak Kecil Ini Dalam Kuch Kuch Hota Hai? Lepas 20 Tahun Makin Charming