in

“Tak masuk akal” – Artis Itali Ini Peroleh $18,300 Selepas Jual ‘Arca Halimunan’

1Artis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang artis seni halus dari Itali, Salvatore Garau telah berjaya memperoleh USD 18,300 dalam satu bidaan arcanya. Walau bagaimanapun, arca tersebut telah menjadi buah mulut ramai kerana ia halimunan.


Artis berusia 67 tahun itu memberikan nama ‘arca’ seninya Io Sono yang bermaksud “Saya Adalah”. Walaupun nilai $18,300 itu rendah dalam dunia seni halus, namun ketiadaan arca tersebut dalam bentuk fizikal menimbulkan tanda tanya mengapa ada yang sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan arca tersebut.

Screenshot 2021 06 05 At 10.54.21 Am
Sumber: google image

Menurut Salvatore Garau sendiri, beliau beranggapan karyanya itu adalah “vacuum” yang mempunyai energy-nya tersendiri.

Pembeli hasil karya tersebut walau bagaimanapun belum dapat dikesan. Namun pembeli tersebut akan menerima satu Certificate of Authenticity dan manual cara pameran arca tersebut. Menurut Complex.com, pemilik arca tersebut digalakkan untuk mempamerkannya dalam ruangan 5 kaki persegi dan jauh dari sebarang halangan.

Satu je min nak cakap, art berat ni susah nak paham sebenarnya. 

Baca: “Memang mentaliti kelas ketiga” – Siap Letak Makanan Lagi, Arca Penyu Di Melaka Dah Jadi Meja Piknik

Screenshot 2021 06 05 At 10.55.04 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.