in

Tak Guna Kad Jemputan Biasa, Viral Jemput Tetamu Ke Majlis Kahwin Dengan Kopi Sachet

F1 Kopi Scahet Kahwin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kad jemputan kahwin merupakan antara benda yang paling penting sebelum sesebuah majlis perkahwinan tu berlangsung. Kalau tak ada kad kahwin, macam mana tetamu nak datang kan? Tapi sekarang sejak pandemik, ramai pengantin yang edar kad undangan digital je melalui Whatsapp.


Namun, di Indonesia pula, lain pula cara mereka menjemput tetamu untuk hadir ke majlis sebab ada antara mereka yang tak guna kad sebaliknya menggunakan kopi sachet, lapor Liputan6.

Kopi Scahet 3

Gambar jemputan kahwin dengan kopi itu pada mulanya telah dikongsikan oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai FOODFESS2 baru-baru ini. Dapat dilihat pada paket kopi itu pula tertampal kertas putih yang menyatakan alamat dan tarikh majlis.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen berkongsi budaya yang sama di kampung mereka. Ada yang kata penduduk di tempat mereka tinggal pun guna cara tersebut untuk menjemput tetamu ke majlis kahwin. Ada yang guna sabun cuci baju dan keropok untuk mengganti kad undangan.

Kopi Scahet 2

Selain itu, ada juga netizen lain yang berpendapat cara ini sebenarnya lebih bermanfaat berbanding kad jemputan biasa walaupun mungkin kelihatan pelik di mata sesetengah orang. Kalau bagi kad undangan mahal dan cantik pun, lama-lama orang akan buang jugak kan. 

Mungkin kita pun boleh try guna cara ni untuk jemput tetamu ke majlis lepas ni. 

Sumber: Liputan6, Twitter @FOODFESS2 

Baca: “Eh, dah kahwin? Tak jemput pun…”- Perangai Ramai Melayu Suka Buat Pengantin & Keluarga Sentap!

Kopi Sachet Kahwin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.