in

“Tak boleh tidur dengar hujan” – Paras Air Meningkat Semula Di Shah Alam, Ramai Luah Rasa Bimbang

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ekoran hujan lebat yang bermula awal pagi tadi, Media Selangor melaporkan berlaku peningkatan paras air di Sungai Damansara sehingga melalui beberapa kawasan di Shah Alam pagi ini.


Menurut Facebook media rasmi Selangor ini, antara kawasan yang membimbangkan adalah TTDI Jaya, kawasan berhampiran Stadium Shah Alam di Seksyen 13 dan laluan di Plaza Tol Bukit Jelutong.

Selain itu, paras air juga naik di laluan Lanchong Jaya dan Seksyen 28 berhampiran Pasar Raya Hero.”

TERKINI: Paras air di kawasan TTDI Jaya dan Stadium Seksyen 13, Tol Shah Alam, dekat dengan Bukit Jelutong (Shah Alam)…

Posted by Media Selangor on Tuesday, December 21, 2021

Ekoran ini, orang ramai dinasihati untuk mencari jalan alternatif bagi mengelakkan dari terperangkap di laluan yang dinaiki air.

Bagaimanapun Kosmo melaporkan, laluan Plaza Tol Shah Alam berhampiran Bukit Jelutong yang banjir pagi tadi telah pun dibuka semula dan trafik dikatakan terkawal sekitar jam 10.44 pagi tadi.

“Risau tak boleh tidur”

Macam yang korang tahu, hujung minggu lalu negara kita telah dilanda banjir besar dan mencatatkan korban seramai 34 orang setakat ini.

23 dari angka kematian ini dilaporkan di Selangor manakala selebihnya di Pahang. Disebabkan ini, ramai netizen meluahkan rasa bimbang melihat keadaan paras air yang naik semula pagi tadi di Shah Alam.

Screenshot 2021 12 22 At 11.52.55 Am Down

Allahu, memang risau kalau banjir balik. Harap korang semua hati-hati ya…

 

Baca: Mangsa Banjir Kembali Risau, MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri

Baca Pps

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.