in

” Tak apalah, bukan selalu” – Lelaki Ini Bayarkan Bil Makanan Sebab Terharu Lihat Pasangan Suami Isteri Yang ‘Humble’

Feature Image Simpati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang kata kalau kita selalu rendah diri atau humble, kita akan sebarkan aura yang positif kepada persekitaran sekeliling. Betul ke?

Terbaru, satu perkongsian di laman Twitter oleh @deeharrisa mengenai pengalamannya berdepan dengan pasangan suami isteri yang dikatakan humble.


https://twitter.com/deeharrisa/status/1189805646687784960?s=20

Wanita ini berkata dia telah duduk bersebelahan dengan pasangan suami isteri dalam sebuah restoran.

“They didn’t know how and what to order.”

“They were even counting the price & her husband said “takpe la order je bukan selalu” to a RM14 meal” tulisnya.

Tambahnya lagi, isteri kepada pasangan tersebut mula berasa bersalah apabila dia memesan makanan dengan harga sebegitu.

Kesian 1
Sumber: twitter

Menurut Deann, wanita itu dengan secara tidak sengaja telah terlanggar suaminya ketika dia hendak duduk di kerusinya dan dengan pantas terus meminta maaf.

Dia juga berkata, mereka sentiasa memberikan senyuman dan mengucapkan terima kasih bila pelayan menghantar makanan kepada pasangan suami isteri itu.

“Later on she & her husband said thank you & smiled every time the waitress sent their food. “

Disebabkan itu, suami kepada Deann telah membuat keputusan untuk membayar makanan yang telah dipesan oleh pasangan  suami isteri itu. Tapi mereka merahsiakan perkara itu kerana tidak mahu pasangan itu berasa tidak selasa.

Perkongsian mengenai kisah ini telah mendapat 17 ribu retweet dan 15 ribu like di Twitter. Rata-rata netizen turut berasa terharu dengan kisah yang diceritakan oleh @deeharrisa ini.

“Terima kasih sebab bayarkan makan mereka, semoga diberkati”

 

Humble Teruks
Sumber: twitter

Kisah ni memang betul-betul mengharukan. Semoga pasangan suami isteri itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Baca: “Tak sabar nak jadi pengantin lagi agaknya” – Netizen Terhibur Dengan Tweet ‘Humble & Lucu’ Raja Permaisuri Agong

Agong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.