in

“Tak adil betul” – Netizen Persoal Tentang Lelaki Gelang ‘Pink’ Dari Perancis Boleh ‘Lepas’ Sampai Langkawi

Gelang Pink 1

Viral di aplikasi Whatsapp dan Facebook gambar seorang lelaki warga asing memakai gelang ‘pink’ tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), semalam. Menurut Harian Metro, lelaki berusia 64 tahun tersebut dikenal pasti warganegara Perancis yang menaiki pesawat dari Paris.

Pink4

Pink6

 

Paris- Doha, Doha-KLIA, KLIA-LTAL

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata sebaik menerima laporan daripada polis bantuan yang bertugas, pihaknya segera ke lokasi dan berjaya mengesan lelaki tersebut di ruang legar.

“Terdahulu, lelaki warga Perancis itu dilaporkan tiba di LTAL dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki pesawat Malindo Air pada 2.50 petang ini.”

Siasatan mendapati lelaki itu menaiki pesawat Qatar Airways dari Paris semalam ke Doha, seterusnya ke KLIA menaiki pesawat yang sama dan tiba di KLIA pada 8.25 pagi tadi.”

 

Negatif, diarah kuarantin

Katanya lagi, ketika di KLIA dia telah disaring oleh petugas KKM dan keputusannya disahkan negatif virus Covid-19. Bagaimanapun, lelaki itu kemudian diarahkan untuk menjalani kuarantin dan perlu berjumpa dengan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kedah pada 1 September ini dan menjalani ujian kedua Covid-19 keesokannya.

Pink1

Berdasarkan laporan, dia yang pada mulanya diarahkan kuarantin di rumah sewa telah berpindah ke di Klinik Kesihatan Ayer Hangat (KKAH) atas arahan KKM, lewat malam tadi.

“Terkini, lelaki yang memakai gelang merah jambu itu dihantar ke KKAH untuk dikuarantin dan tidak dibenarkan berada di rumah sewanya.”

“Ia dibuat atas arahan KKM, elok untuk keselamatan dirinya dan keselesaan orang sekeliling.”

Pink5

Pink8

Sementara itu di Facebook ramai rakyat Malaysia yang mempertikaikan tentang isu menangani Covid-19 dari pelbagai aspek. Kebanyakan daripada mereka rasa situasi ini tidak adil bagi rakyat Malaysia yang tiba dari luar negara kerana diarahkan kuarantin sendiri di hotel dan perlu membayar semua kos sendiri.

Boleh baca komen-komen mereka di sini.

Baca: “Dia bukan pesakit Covid-19” – Lelaki Bergelang Pink Didakwa Sebabkan Balai Polis Sentul Tutup Rupanya Bukan Pesakit Covid-19?

Dd 4

Sumber: Blog
Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro
Sumber: Blog
Sumber: Whatsapp