“Tak ada guna kalau…” – ‘Fresh Graduate’ Impi Gaji Permulaan RM5,000 Cetus Bualan Ramai

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tak ada guna kalau…” – ‘Fresh Graduate’ Impi Gaji Permulaan RM5,000 Cetus Bualan Ramai

Sejak dulu lagi, isu gaji permulaan bagi seorang lepasan universiti yang mahu bekerja di negara ini sering dibahaskan.

Tular satu perkongsian video, memaparkan pelajar lepasan ijazah sarjana muda dan diploma yang baru bergraduasi disoal mengenai anggaran tawaran gaji yang sesuai apabila masuk ke alam pekerjaan kelak.


Menerusi video tersebut, rata-ratanya pelajar menjangkakan tawaran gaji yang bakal diterima bermula sekitar RM2,500 sehingga RM4,000.

Artikel berkaitan: Netizen Terkejut Lihat Elaun Pelajar IPT, Ada Yang Cecah RM10k Sebulan?

Artikel berkaitan: Cadangan Gaji Minimum RM3,000 Buat Graduan Mungkin Jadi Realiti – Menteri Pendidikan Tinggi

Namun apa yang menjadi perhatian apabila ada yang berpendapat mereka sepatutnya diberikan gaji RM5,000-6,000 untuk lepasan diploma dengan alasan kelayakan pelajaran dan pengalaman serta kemahiran yang diperoleh sepanjang bergelar pelajar di universiti.

“Realiti tak seindah anggaran”

Melihat perkongsian video itu, netizen tidak bersetuju sekiranya lepasa diploma impikan gaji sebanyak RM5,000 dan ke atas.

Rata-ratanya berpesan kepada mereka untuk berpijak di bumi yang nyata kerana terlalu banyak persaingan dan keadaan ekonomi yang kian mencabar pada masa kini.

Bagi seorang majikan, gaji permulaan setinggi RM4,000 ke atas tidak berbaloi jika kemahiran yang diminta tidak setanding dengan apa yang diberikan.

Kebanyakannya meluahkan hakikat sebenar dengan menyatakan pendapatan selepas memasuki alam pekerjaan yang mana gaji permulaan jauh lebih rendah dari apa yang mereka bayangkan sewaktu bergraduasi.

Screenshot 2024 10 30 125727 Screenshot 2024 10 30 125823

Pun begitu, tidak kurang juga ada yang mengatakan tiada masalah sekiranya graduan mengimpikan gaji yang tinggi namun mereka perlulah mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam bidang yang diambil.

Apapun, ini semua ikut rezeki masing-masing…

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tak ada guna kalau…” – ‘Fresh Graduate’ Impi Gaji Permulaan RM5,000 Cetus Bualan Ramai
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tak-ada-guna-kalau-fresh-graduate-impi-gaji-permulaan-rm5000-cetus-bualan-ramai/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM