in

“Tak ada angin, tak ada ribut tibe-tibe…” – [VIDEO] Gadis Dibelasah 4 Remaja Dipercayai Sebab Salah Faham

Featured Image 13

Viral di media sosial satu rakaman video berdurasi 45 saat yang menunjukkan pergaduhan antara seorang remaja perempuan dan sekumpulan remaja perempuan yang lain.

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian ini berlaku di Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Pasir Akar, Besut. Difahamkan, pergaduhan ini berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan salah seorang kumpulan remaja tersebut.

Dikatakan, ketika itu mangsa yang berumur 18 tahun sedang duduk melepak bersama seorang rakannya, sebelum didatangi 8 remaja lain.

Mangsa turut mendakwa, empat daripada 8 remaja itu telah menumbuk dan menendang di seluruh anggota badannya hingga mengalami kecederaan calar pada bahagian muka serta sakit di bahagian perut dan dada.

Blasah2

Belasah3

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, mangsa membuat laporan polis setelah video tersebut viral di media sosial.

Mungkin sebelum ini dia tak ada bukti, bila dah dapat, tu terus buat laporan.

Video itu dirakam menggunakan telefon bimbit oleh salah seorang suspek dikenalinya.

Sementara itu, pihak polis telah berjaya menahan 5 daripada 8 suspek yang terlibat bagi membantu siasatan. Pihak polis turut mencari 3 lagi suspek yang masih bebas.

Tengok pada video tu, semua bertudung pulak tu, sangat memalukan dik…

 

Baca: “Saya dah tua, macam mana nak pertahankan diri? Saya tak kuat” – Nenek Lari Rumah Lepas Dibelasah Teruk Cucu, Terpaksa Tidur Tepi Jalan

Annotation 2020 06 12 115144

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook