in

“Susahlah macam ni” – Suami Bengang Bayi Dalam Perut Isteri Sudah Separuh Badan Keluar Tapi Staff Hospital Enggan Layan Kerana Tiada IC?

Anak Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau hal berkaitan ibu hamil yang nak bersalin ni, memang perkara emergency. Secara logiknya, pergi mana-mana hospital pun staf pasti beri keutamaan kerana mementingkan keselamatan ibu dan anak.


Namun kes yang menimpa isteri kepada lelaki bernama Kelana Jagat ini sangat menyedihkan kerana mangsa didakwa tak menerima rawatan secepatnya walaupun bayi sudah separuh keluar dari pintu rahim hanya gara-gara tiada kad pengenalan. 

Berikut perkongsian viral pasangan ini Facebook

 

“Isteri saya sudah pecah air ketuban dan bayi telah keluar separuh badan” 

Menurut Kelana, semuanya bermula apabila dia bergegas ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada jam 8 pagi selepas isteri tiba-tiba pecah air ketuban dan bayi katanya sudah keluar separuh badan, yang mana bahagian pusat masih tersekat di pintu rahim. Allahu… 

Namun ketika di hospital, Kelana baru sedar dia tak bawa IC mahupun sijil nikah dan paling penting, ‘buku pink’ isterinya.

1 8
sumber: facebook

 

“Baliklah sekejap, sempat lagi ambil IC isteri awak ni…” 

2 6

3 3
sumber: facebook

 

“Anak saya telah disahkan meninggal dunia akibat daripada pendarahan dalam otak stage 4” 

5 2

6

79260971 3183606961665911 3474116663966695424 N
sumber: facebook

 

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu siasat kematian bayi? 

Posting viral dari Kelana ini telah mendapat perhatian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) yang katanya akan membuat siasatan mengenai hal tersebut.

Menurut Berita Harian, pengarahnya berkata, pihak mereka sudah mengambil tindakan segera dan sedang jalankan siasatan rapi berhubung isu kematian bayi kelahiran pramatang di hospital terbabit, kelmarin.

“JKNT mengucapkan takziah dan menzahirkan rasa simpati kepada kedua-dua ibu bapa terbabit dan berharap pihak keluarga diberikan ruang oleh semua pihak pada masa yang sukar ini.

“Orang ramai juga dipohon untuk tidak menimbulkan spekulasi tanpa merujuk kepada sumber maklumat yang sahih,” katanya.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat keluarga tersebut. 

Baca: “Macam mana boleh tak perasan?” – Wanita Mengadu Sakit, Rupanya Ada Bayi Dah 15 Tahun ‘Terperangkap’ Dalam Perut

Bayi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.