in

“Suka-suka je sebarkan aib orang” – Lelaki Ini Sebarkan Video Lucah Kekasih Dekat Keluarganya Lepas Lamarannya Ditolak

Feature Image Wasep 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya disebabkan lamaran untuk berkahwin ditolak oleh keluarga belah wanita, lelaki ini nekad sebarkan ‘video panas’ milik teman wanitanya itu kepada keluarganya.


Vl 2
Sumber: gambar hiasan

Kejadian ini berlaku di Desa Senaken, Kecamatan, Tanah Grogot, Kabupaten Paser, Kalimantan Timur, Indonesia.

Lelaki yang berumur 29 tahun itu berang apabila pinangannya pada sebelum ini telah ditolak oleh keluarga pihak perempuan.

Kalau mengikut perancangan yang sudah dipersetujui, lelaki itu akan bernikah dengan teman wanitanya yang berusia 20 tahun pada 29 Disember 2019.

Namun pinangannya di tolak oleh keluarga perempuan disebabkan lelaki itu tidak memberikan jumlah wang hantaran seperti yang dijanjikan.

Lelaki itu dianggap mengingkari janjinya yang ingin memberikan sejumlah wang hantaran kepada pengantin perempuan tapi hanya beri separuh sahaja.

Oleh kerana bengang dengan tindakan yang diambil oleh keluarga teman wanitanya, lelaki ini nekad menyebarkan ‘video panas’ milik gadis idamannya itu.

Video itu memaparkan gadis tersebut tidak berbaju dan berdurasi 2 minit 49 saat.

Bermula dengan adik lelaki mangsa, dia telah menghantar beberapa keping gambar separuh bogel mangsa kepadanya menggunakan aplikasi whatsApp.

Vl 1 1
Sumber: gambar hiasan

Tak berpuas hati dengan itu, dia kemudiannya menghantar pula video tersebut kepada ahli keluarga mangsa yang lain.

Setelah menerima video tersebut, keluarga mangsa terus membuat laporan polis dan suspek segera ditahan bagi membantu siasatan.

Penganggur rupanya!

Keluarga mangsa berasa sangat kecewa dengan tindakan lelaki itu dan mereka berkata jika dia tidak bertindak sedemikian, mungkin masalah ini boleh dibincang lagi.

Tambahnya lagi, keluarga mangsa juga telah menyiapkan persiapan perkahwinan dengan sudah menempah pelamin, khemah, dan juadah kepada tetamu.

Namun apa yang menjadi isu apabila lelaki itu memberikan jumlah wang yang tidak sama nilai seperti perjanjian.

Apabila disiasat, lelaki itu merupakan seorang penganggur yang belum mempunyai pendapatan yang tetap.

Manakala mangsa pula merupakan pekerja di salah sebuah kedai mencuci pakaian di kawasan Kabupaten Paser.

Haish apa lah, tak puas hati bila kena reject boleh pula nak sebarkan aib orang lain. Cuba bincang baik-naik mesti ada jalan penyelesaian.

 

Baca: Pengetua Sekolah Ditemui Mati Mencangkung Separa Bogel Dalam Kereta Yang Diparkir Berdekatan Masjid

Kl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.