in

Suka Hati Buang Kotak Piza Tepi Jalan, Dua Remaja Terpaksa Patah Balik Sejauh 80km Untuk Kutip Sampah

Untitled Collage 81

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tabiat suka membuang sampah merata-rata ni bukan saja berlaku di Malaysia, ia juga merupakan satu masalah yang common di India.

Di Madikeri misalnya, gara-gara membuang kotak piza di tepi jalan — dua remaja terpaksa berpatah balik sejauh 80 kilometer untuk mengutip semula sampah yang dibuang mereka selepas mendapat aduan daripada penduduk tempatan.


Menurut laporan Bangalore Mirror, kejadian itu mendapat perhatian Madetira Thimmaiah — yang bertugas sebagai Setiausaha Agung Persatuan Pelancongan tempatan.

78987922

Katanya, pada hari kejadian dia terlihat dua kotak piza dibuang di tepi jalan. Kesal dan marah dengan tingkah laku tidak bertanggungjawab itu, dia kemudiannya bertindak memungut kotak tersebut dan kebetulan menemukan resit pembelian yang turut mengandungi nombor telefon remaja tersebut.

Thimmaiah kemudian menelefon nombor itu dan mengarahkan remaja terbabit untuk segera mengutip semula kotak yang dibuang mereka. Namun remaja terbabit enggan bekerjasama.

Enggan menyerah kalah, Thimmaiah kemudian terpaksa ‘memviralkan’ tindakan remaja terbabit di media sosial. Segala maklumat peribadi seperti nama, alamat dan rakaman kedua-dua remaja itu membuang sampah disebarkan di Facebook.

Selepas tular, kedua-dua remaja itu akhirnya akur dan terpaksa menempuh perjalanan sejauh 80 kilometer semata-mata untuk mengutip semula kotak piza yang dibuang mereka.

 

Baca: “Respect betul dengan brader ni” – Nampak Kereta Depan Buang Sampah Merata, Tindakan Berani Lelaki Ini Dipuji

Capture 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.