Apa sudah jadi? Sebentar tadi, viral sebuah video di Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS yang menunjukkan berlakunya satu pergaduhan di drive thru Mc Donald’s Rawang.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat pelanggan di bahagian drive thru sepertinya sedang bergaduh dengan staf restoran makanan segera tersebut. Uish apahal pulak tu??
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1697625580415145
Menurut penjelasan saksi di bahagian komen, pergaduhan itu didakwa berpunca daripada pelanggan yang tiba-tiba nak menukar cara pembayarannya daripada paywave kepada menggunakan nombor pin.
Katanya resit pembayaran menggunakan paywave sudah pun dikeluarkan tetapi lelaki tersebut tak puas hati dan menumbuk wajah staf di restoran tersebut. Adoi!
Lebih merumitkan keadaan bila wangnya tadi sudah pun dikembalikan tetapi pelanggan tersebut tetap tak puas hati sampai menimbulkan kekecohan.
Menurut saksi, polis akhirnya datang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku tetapi si pelanggan tadi claim yang dia merupakan OKU. Pulak dah…
Admin tidak pasti sejauh mana kesahihan penjelasan di atas, namun video tersebut mendapat kecaman netizen yang menganggap ia satu perkara remeh kalau nak bergaduh tentang isu pembayaran secara paywave atau nombor pin.
Mana-mana bayaran pun sama jugak kan? Keluar juga duitnya.
Apa-apapun admin harap tak adalah yang cedera teruk dalam pergaduhan tu. Kalau korang ada info mengenai pergaduhan ni, bolehlah DM admin ye cerita hal sebenar.
Baca: “Harga 1 penampar” -Bergaduh Sebab Paip Air, Lelaki Didenda RM1,800 Sebab Tampar Jiran