in

“Suara tak didengari” – [VIDEO] Cleopatra Dedah Punca Ingin Bertanding PRU-15

Gfd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra telah mencuri perhatian ramai apabila dirinya tampil semasa penamaan calon untuk Parlimen Batu pada hari semalam.


Turut menjadi tanda tanya beberapa netizen mengapa dia ingin bertanding untuk pilihanraya kali ini yang boleh dikatakan secara tiba-tiba.

Cleopatra dedah punca bertanding PRU-15

Sebuah video yang berdurasi dua minit itu telah dikongsikan di laman TikTok, memaparkan Cleopatra yang mendedahkan punca sebenar mengapa dia menglibatkan diri dalam arena politik.

@nurfathiahsyazwana

Assalamualaykum dan salam sejahtera. Sejak penamaan calon semalam ramai yang bertanya kenapa saya ingin bertanding dalam pilihanraya umum kali ini. Segala pertanyaan akan saya jawab satu persatu. Undilah Calon No. 10, Lambang Pokok ?, Nur Fathiah Syazwana @ Cleo. #RESETBATU #ParlimenBatu #fyp #foryou #foryoupage

♬ original sound – Cleo – Cleo. Batu Pangkah Pokok ??

Menerusi video tersebut, dia mengatakan bahawa sebab ingin bertanding adalah kerana sebuah organisasi yang diasaskan olehnya iaitu persatuan HAWA tidak dilayan oleh pihak berwajib.

Inisiatifnya yang cuba mengetengahkan masalah berkaitan pendidikan, pekerjaan dan bantuan kos sara hidup yang sering dipandang sepi itu menyebabkan Cleopatra tekad bertanding di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Ini kerana HAWA tidak mempunyai suara cukup kuat untuk membantu rakyat terutama dari sudut pelajaran, peluang pekerjaan dan bantuan kos sara hidup.”

“Menafikan hak penduduk Batu untuk mendapat pembelaan yang wajar adalah perkara yang amat mengecewakan. Justeru, saya menawarkan diri sebagai calon Bebas supaya dapat membawa pembaharuan dan mengubah Parlimen ini ke arah lebih baik.”

Sebelum ini, Cleopatra bakal berebut kerusi di Parlimen Batu bersama sembilan calon yang lain seperti bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua, ahli Pakatan Harapan (PH), P Prabakaran dan aktivis, Siti Kasim atau nama sebenarnya, Siti Zabedah Kassim.

Wah, semangat untuk membela hak rakyat tu yang min suka!

Baca: PRU15: Selesai Penamaan Calon, Ini Senarai Penuh Calon Parlimen Negeri Selangor

Screenshot 2022 11 07 At 12.19.06 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.