in

Suami Tak Benar Isteri Hamil 24 Minggu Ambil Vaksin, Ugut Jatuh Talak

Suami Tak Benarkan Isteri Hamil Ambil Vaksin

Baru-baru ini, viral di media sosial selepas beberapa individu mendedahkan screenshot WhatsApp seorang wanita yang dalam kekeliruan apabila digugat dengan jatuh talak oleh suami jika dia mengambil vaksin.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon netizen sehingga ada peguam memberi pandangan bahawa perkara tersebut adalah satu perkara yang tidak wajar dilakukan oleh para suami.

Jatuh Talak Ambil Vaksin 2

 

“Pesakit mengandung 24 minggu… suami tak benarkan” 

Rupa-rupanya kes seperti ini bukanlah kes terpencil dan ada yang mula mendedahkan wanita lain juga berdepan dengan situasi yang sama.

Terbaru menerusi perkongsian Facebook Public Health Malaysia, seorang wanita hamil 24 minggu didakwa mahu mengambil vaksin namun suami tidak membenarkannya.

Lebih memilukan dia juga diugut suami untuk ‘jatuh talak’ jikalau dia mengambil suntikan vaksin. Allah… 

Isteri Hamil Jatuh Talak Jika Ambil Vaksin

 

“Usah menyesal nanti si suami…”

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon netizen yang kecewa dengan sikap para suami dalam isu vaksin ini.

Malah menurut netizen, isu talak dan penceraian ini bukanlah perkara main-main untuk dilafaz dengan begitu saja tambah-tambah pula ia melibatkan keselamatan isteri dan anak di dalam kandungan.

Netizen Geram Suami Lafaz Talak Pada Isteri Divaksin

Harap para suami yang tidak mempercayai vaksin ini berbincanglah dulu dengan isteri sebelum buat apa-apa keputusan berkenaan perkahwinan. Kasihan dengan nasib wanita terpaksa diceraikan dek kerana memilih untuk divaksin.

Semoga wanita yang berada di dalam situasi ini bertabah dan rujuk dengan peguam yang bertauliah secepat mungkin. 

Baca: “Jangan amik vaksin.. if amik jugak jatuh talak” – Peguam ‘Sekolahkan’ Suami Perangai Suka Lafaz Taklik Sesuka Hati

Fi Jatuh Talak Ambil Vaksin

Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook