in

“Jangan amik vaksin.. if amik jugak jatuh talak” – Peguam ‘Sekolahkan’ Suami Perangai Suka Lafaz Taklik Sesuka Hati

Fi Jatuh Talak Ambil Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat pasangan yang dah berkahwin, korang ingat tak lepas dah selesai ijab kabul tu akan ada satu lafaz yang perlu diucapkan iaitu dikenali sebagai lafaz taklik. Ianya menjadi satu kebiasaan di negara kita, dan lafaz taklik inilah yang mengikat suami dan isteri itu.


Bagi yang kurang peka, lafaz taklik ni juga kira ‘perjanjian’ antara seorang suami dan isteri. Lebih senang faham, lafaz taklik jadi pengakuan kepada gugurnya talak sekiranya perjanjian disebutkan tak dipenuhi. Berat bukan?

 

Suami jatuh talak sebab ambil vaksin

Baru-baru ini, seorang peguam dikenali sebagai Wafda Kamilen berkongsikan kisah seorang wanita yang mendedahkan sikap ‘pelik’ suaminya yang mahu menjatuhkan talak sekiranya dia mengambil suntikan vaksin.

Menerusi satu tangkap layar yang dimuat naik, wanita tersebut mendedahkan bahawa dia mengambil suntikan vaksin secara senyap sebab pernah dilarang oleh suaminya. Kebetulan juga, mereka ini sekarang masing-masing duduk berjauhan.

Beberapa hari kemudian, suaminya mengatakan bahawa akan jatuh talak sekiranya si isteri tetap berbuat demikian.

Jatuh Talak Ambil Vaksin 2

 

“Nasi sudah menjadi bubur”

Ditanyakan mengenai hukum lafaz tersebut oleh wanita berkenaan, Puan Wafda merasakan tindakan oleh si suami sebagai suatu yang kurang wajar dan memberikan penjelasan tentang apa yang patut dilakukan oleh pasangan tersebut.

Hal ini disebabkan jika lafaz taklik ini disebutkan oleh si suami, maka ianya tak boleh lagi ditarik balik. Jadinya, mereka perlulah hadir ke mahkamah syariah untuk proses selanjutnya.

“Ragam manusia, aneh-aneh la nak buat taklik pun. Ini mungkin kedengaran janggal, tapi tak mustahil ada juga orang lain hadap mende yang sama,

“Nasi sudah mjd bubur, lafaz taklik tak boleh ditarik balik sehinggalah berlaku perlanggaran. Bila dah langgar, segeralah ke mhkmh syariah.” tulisnya

 

Hanya Hakim Syarie boleh tentukan

Tambah beliau itu lagi, wanita berkenaan perlulah memfailkan permohonan pengesahan lafaz taklik selepas diperlakukan sebegitu oleh suaminya.

Selain itu juga Puan Wafda menegaskan, bahawa kuasa untuk menyabitkan jatuh talak atau tidak berada pada Hakim Syarie yang ditugaskan.

Jatuh Talak Ambil Vaksin 1

“Failkan permohonan pengesahan lafaz taklik. Sekali lagi saya tegaskan, hanya Hakim Syarie sahaja yang boleh sabitkan samada jatuh talak ataupun tidak..”

Di samping itu juga, Puan Wafda mengingatkan kepada para suami di luar sana agar lebih berhati-hati dan tidak mudah mempermainkan hal berkaitan lafaz taklik ini.

Buat para suami ataupun bakal suami di luar sana, sila peka dengan penjelasan ni. Takut-takut kalau masih ada belum jelas.

 

Baca : “Saya ceraikan sebab tak tahan selalu kena pukul” – Viral Wanita Dicerai Kerana Buku Klinik Koyak, Suami Akhirnya Buka Mulut..

Foot Jatuh Talak Ambil Vaksin

Sumber: Twitter
Sumber: Redaksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.