in

Suami Kantoi Atas Katil Dengan Nenek 72 Tahun

Pegang2

Bila suami asyik tak ada kat rumah dengan pelbagai alasan, isteri mestilah rasa macam ada something yang tak kena. Walaupun perkahwinan dorang baru masuk satu tahun, tiba-tiba suami dah mula asyik balik lambat dan kononnya kena selalu travel atas kehendak pekerjaan.

Menurut Metro, wanita berusia 24 tahun dari Birmingham tu guna khidmat detektif persendirian bila suaminya yang berusia 26 tahun makin jarang balik rumah. 

“Tiba-tiba dia rasa jauh, dia selalu tak ada kat rumah, selalu hilang. Kami jarang bercakap dan dia kata dia kena balik lambat, travel sana-sini sebab kerja.”

Suami
gambar hiasan

Penyiasat tersebut kemudiannya mengekori lelaki berkenaan dan berjaya mendapatkan bukti yang dia memang curang. Satu video rakaman lelaki tersebut bersama wanita lain ditunjukkan kepada isterinya. Time tu lah perbuatan curang si suami akhirnya terbongkar apabila dia kantoi bersama dengan wanita lain kat dalam bilik hotel!

Bila tengok video tu, wanita tersebut terkejut dan macam tak percaya yang suami dia curang dengan orang lain. Apa yang lebih mengejutkan, perempuan simpanan suaminya ialah seorang warga emas berusia 72 tahun! Nenek tu dah ada dua orang anak dan 4 orang cucu tau!

“Saya tak percaya. Saya sendiri rasa malu. Saya tak boleh terima apa yang saya dengar dan tengok.”

Pegang1
gambar hiasan

“Sukar saya nak percaya video yang saya lihat tu. Wanita tu jauh lebih tua dan berusia.”

Lebih teruk lagi, suami wanita ni bukan je curang dengan warga emas tersebut tapi dia jugak ada daftarkan diri kat beberapa dating websites. Padahal dah kahwin tu tau! Pun begitu, wanita tersebut belum failkan penceraian terhadap suami dia.

“Ini memang masa yang sukar, tapi boleh jadi masa yang bagus untuk singkirkan manusia toksik dalam hidup saya.”

Aduhai apa lah nak jadi dengan manusia zaman sekarang ni?!

Baca: Nampak Suami Bersama Perempuan Lain, Wanita Langgar Kereta Suami Hingga Rempuh Pokok

Langgardia