in

Stress Sebab Cikgu Paksa Mengaku Cium Pelajar Perempuan, Remaja Bertindak Cederakan Diri

Pelajar Cederakan Diri

Seorang pelajar lelaki tingkatan empat mencederakan dirinya sendiri dengan pecahan kaca selepas dua orang guru didakwa memaksanya untuk mengaku melakukan perkara yang tidak sopan dengan seorang pelajar perempuan.

Menurut laporan The Star, pelajar berkenaan menerima 22 jahitan akibat kecederaan itu dan terpaksa dikejarkan ke klinik kesihatan Serting dengan menaiki ambulans selepas rakan sekelasnya mendapati dia mengalami pendarahan yang banyak.

Pelajar itu yang ditemani bapanya membuat laporan di balai Bandar Seri Jempol terhadap dua guru tersebut pada Rabu lepas, sambil menambah bahawa dia telah mencederakan dirinya sendiri kerana malu dituduh melakukan perbuatan itu.

“Semalam (21 Mac) merupakan hari lahir saya, seorang rakan perempuan yang saya kenali selama tiga tahun datang kepada saya ketika waktu rehat untuk memberikan saya hadiah.

Kami kemudian berjalan ke kelasnya dan dia memberikan saya sebuah kotak dengan baju di dalamnya,” katanya.

1990556

Remaja itu mendakwa seorang lagi guru lalu-lalang dan bertanyakan apa yang dilakukan oleh kedua-dua mereka di dalam kelas semasa rehat dan mereka menjelaskan sebab mereka berada di situ. Bagaimanapun, kedua-duanya kemudian diberitahu untuk pergi ke pejabat untuk soal siasat lanjut.

“Apabila kami pergi ke pejabat, seorang guru bertanya sama ada saya telah mencium rakan saya dan jika dia duduk di atas riba saya.

Apabila kami berdua menafikan perkara ini, seorang guru lelaki memaksa saya menulis dan menandatangani pengakuan,” katanya.

Pelajar itu berkata dia kemudian kembali ke kelasnya tetapi rakan sekelasnya tiada kerana mereka telah pergi untuk mengambil buku teks mereka.

Oleh kerana dia masih terkejut dengan apa yang berlaku, dia bertindak mengambil serpihan kaca dan mula mencederakan dirinya sendiri di bahagian lengan dan leher sehingga memerlukan jahitan.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Baca: Merunsingkan! Lebih 12.3 Peratus Kanak-kanak, Remaja Di PPR Alami Masalah Kesihatan Mental

Kesihatan Mental

Sumber: The Star