in

Merunsingkan! Lebih 12.3 Peratus Kanak-kanak, Remaja Di PPR Alami Masalah Kesihatan Mental

Kesihatan Mental

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), hampir 12.3% kanak-kanak dan remaja yang mendiami Projek Perumahan Rakyat (PPR) mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan.


Lebih membimbangkan, 13.4% lagi mempunyai kecenderungan untuk melukakan dan membunuh diri.

Kajian ini dijalankan ke atas 1,578 kanak-kanak dan remaja di 37 PPR di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dengan kerjasama Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan.

Masalah ekonomi, tempat tinggal kurang selesa

Kesihatan Mental

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, masalah ekonomi keluarga yang meleset sepanjang COVID-19 dan ruang tempat tinggal yang tidak selesa merupakan antara penyebab kanak-kanak dan remaja ini mengalami masalah kesihatan mental.

“Kita turut melihat kepada kemungkinan saiz PPR dengan ruang disediakan sangat terhad dan ditambah lagi jumlah keluarga besar yang tidak dapat menampung mereka yang ada dalam rumah itu.”

“Akhirnya ia menyebabkan remaja ini keluar daripada rumah untuk melepaskan tekanan, seterusnya mengambil barang terlarang.”

“Kepadatan penduduk di PPR iaitu sekitar 4,000 hingga 5,000 juga memberi tekanan tinggi sama ada daripada sudut gaya hidup mahupun kurang kasih sayang keluarga yang akhirnya remaja ini mendapatkan ‘kasih sayang’ di luar rumah.”

Walau bagaimanapun, Lukanisman berkata, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun lalu menunjukkan sedikit penurunan kes masalah kesihatan mental iaitu dari sekitar 981 kes berbanding 1142 kes pada tahun sebelumnya.

“Bagaimanapun, kes bunuh diri masih tinggi dan memerlukan perhatian serta tindakan segera yang lebih sistematik bagi mengutamakan kesejahteraan mental masyarakat,” katanya.

Lukanisman berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) memandang serius isu kesihatan mental ini dengan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan kesejahteraan mental masyarakat sentiasa terjaga termasuk mewujudkan perkhidmatan Talian Bantuan Sokongan Psikososial ketika pandemik COVID-19.

“Analisa menunjukkan daripada 308,445 panggilan diterima sejak 25 Mac hingga 31 Disember tahun lalu, sebanyak 228,480 (72.2 peratus) panggilan adalah dalam kalangan mereka yang memerlukan sokongan emosi dan kaunseling disebabkan stres kronik, kemurungan serta keresahan sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

“Kita juga sedang mendapatkan bantuan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) supaya talian ini diberikan percuma supaya pemanggil tiada masalah tidak cukup kredit untuk menghubungi kita bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Bercakaplah dengan orang lain

Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan mental atau kecenderungan untuk membunuh diri, cuba bercakap dengan orang lain.

Benar, bukan mudah untuk memberitahu orang lain tentang hal ini.

Namun, anda boleh cuba:

  1. Bercakap dengan ibu bapa, kawan atau orang yang dipercayai. Terangkan kepada mereka tentang kecenderungan anda untuk membunuh diri.
  2. Sekiranya ia terlalu sukar untuk dipercakapkan, hantar surat atau emel supaya anda boleh menyampaikan apa yang terbuku di dalam hati dengan lebih jelas.
  3. Jangan duduk berseorangan. Cuba call kawan-kawan, ibu bapa atau sesiapa sahaja untuk mengisi masa lapang.
  4. Dapatkan bantuan daripada professional secepat mungkin. Jangan biarkan masalah ini melarat sehingga ia sudah terlambat untuk meminta bantuan.

Sumber: Bernama

Baca: Saya terdengar bisikan’ – Lelaki Tikam Pesakit Di Hospital Selayang Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

Kesihatan Mental

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.