in

“Still lagi nak pergi sana?” – Seram! Korea Catat 169 Kes Baru Jadikan Angka Terkini Sebanyak 1,146 Kes!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni memang agak kecoh bila harga tiket penerbangan ke Korea dah jatuh merundum. Ramai yang nak beli sebab bila lagi nak pergi kan?


Harga tiket jatuh mungkin disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 yang meningkat secara mendadak. Mana taknya, hari ni je, Awani melaporkan Korea Selatan dah catatkan 169 kes baru dan ini menjadikan keseluruhan kes melonjak kepada 1,146 kes! Seramnyaaa

Dilaporkan, majoriti kes baru dari Korea ini berasal dari Daegu dan lebih separuh kes dikaitkan dengan persatuan agama tempatan sebab 329 ahli gereja dan kuil telah disahkan positif dijangkiti novel coronavirus.

The Guardian juga melaporkan, disebabkan kes COVID-19 yang meningkat secara tiba-tiba dalam masa seminggu ini, Presiden Korea Selatan Moon Jae-in telah meletakkan amaran merah ke seluruh negara.

So, dari sini je korang boleh tahu yang memang keadaan tak selamat sekarang untuk travel ke sana. Please fikir dulu sebelum pergi okay? Kalau terperangkap kat sana, dah satu hal…

 

Baca: “Tak percaya topeng muka boleh lindungi dari Covid-19” – Rakyat Hong Kong Enggan Pakai Topeng Muka

Sumber: DW

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.