So Sweet! 8 Gambar Ni Cukup Untuk Buktikan Cinta Farid dan Diana Masih Utuh

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau korang ikuti gosip-gosip pasal rumah tangga Diana Danielle dengan Farid Kamil ni, korang mesti tahu kan yang pasangan ni dah lalui macam-macam dugaan bersama. Masa yang paling teruk dorang ni kena uji ialah bila Farid kena tahan polis dan bermalam kat lokap.

Macam-macam cerita yang keluar sampai ada yang cakap hubungan Farid dengan Diana sekarang memang tengah bergolak dan takkan tahan lama. Tapi yang suka membawang pasal pasangan ni boleh stop dah kot lepas tengok gambar yang Diana kongsi kat Instagram dia.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Gambar ni semua diambil masa Diana Danielle terlibat dalam perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival kat Technology Park Malaysia, Bukit Jalil.

Dan kalau ada yang cakap hubungan Farid dengan mak mertua dia tak okay, haa korang mesti terkejut kan tengok gambar ni jugak kan? Rapat je Farid dengan mak Diana tu. Tak ada hal pun. Siapa cakap tak okay haaa?

Sumber: Instagram

Netizen yang tengok momen-momen manja Diana dengan Farid ni semua puji pasangan suami isteri ni. Gambar-gambar ni dah buktikan yang kasih sayang dorang berdua masih utuh sampai sekarang. Mana ada gaduh-gaduh kan? Nah silakanlah bersemut tengok gambar dorang ni semua…

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Papepun kita orang doakan semoga Farid dengan Diana baik-baik saje. Biasalah tu adat berumah tangga, adalah naik turunnya kan. Bak kata P. Ramlee, buang yang keruh ambil yang jernih.

Moga jodoh Diana dan Farid berkekalan sampai ke jannah…..

Baca: Bengang Dituduh Bukan-bukan, Diana Danielle Beri Respon Win Buat Individu Terdiam 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!