“Bila manusia melatah masuk olahraga…” – Tengok Video Ni, Mesti Korang Terhibur

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Haritu viral video pasal seorang kanak-kanak sekolah lari arah bertentangan lepas pass baton dalam satu acara larian. Kali ni, sama juga acara larian tapi lain pulak kesnya.

Satu video viral dekat Twitter semalam menunjukkan situasi ketika acara larian berganti-ganti baru nak dimulakan. Video tu jadi perhatian ramai sebab gelagat salah seorang peserta tu yang melatah!

Sumber: Twitter

Bila manusia yang melatah masuk olahraga. Jangan gelak.”

Permulaan video tu menunjukkan remaja tu yang pakai bip warna kuning dalam kedudukan bersedia untuk mulakan larian. Tapi bila dengar je bunyi pistol dia terus terkejut dan terus terbaring macam pengsan.

Sumber: Twitter

Korang tengok sendirilah video tu, so boleh sama-sama join admin terhibur.

Semua pun tahu antara salah satu tindak balas orang melatah ni adalah pengsan atau macam tertidur. Lepas ‘pengsan’ sekejap, remaja tu terus bangun mulakan larian dan memecut.

Sumber: Twitter

Walaupun tak dinyatakan dekat mana acara tu berlangsung tapi ramai netizen terhibur tengok gelagat remaja tu. Ada yang cakap sepatutnya jangan letak dia pelari pertama sebab dia melatah. So, confirm lah dia akan terkejut and melatah lepas dengar bunyi pistol kan!

Sumber: Twitter

Terhibur admin, dari tadi tak berhenti gelak. Okay jugak, dapat la lupa sekejap perasaan lapar nak tunggu buka puasa…

Baca: “Eh bodoh…” – Video Lawak Wartawan Melatah Tengah Interview Zaquan Adha Akan Buat Korang Tergelak

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!