in

“Sibuk nak anak jadi mami jarum pasaipa?” – Peragut Tarik Rantai Emas Anak Masa Parents Tengah Leka Di Jom Heboh

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang bila kita fikir yang kita dah jaga keselamatan anak, mesti akan ada orang buat benda yang tak terjangkau dek fikiran kita.


Macam tragedi yang diceritakan ke salah sebuah group Facebook, Penang Kini ni. Seorang kanak-kanak telah menjadi mangsa ragut semasa dia pergi ke pesta Jom Heboh bersama keluarganya.

Kejadian ini berlaku pada hari Ahad lepas ketika keluarga ini sedang berjalan di pesta tersebut sambil tengok barang-barang yang dijual di sana.

Tengah dorang berjalan-jalan ni, tiba-tiba si ibu melihat anaknya yang dipanggil Anelia menangis. Bila tanya kenapa, budak ini menjawab ada orang ambil rantainya.

71481192 2503651669872303 336779840357138432 N
Sumber: facebook

“Baru perasan tengok leher takdak rantai dah. Merah habis leher dia kesan kena tarik. Ya Allah, kesian anak aku.”

Menurut si ibu yang membahasakan dirinya Cikni, ketika kejadian berlaku, suaminya sedang pegang tangan anaknya dan ketika itu tempat tu memang sesak dan bising dengan muzik dan penjual yang bercakap guna mic.

Kerana rantai tersebut ditarik dengan kuat, leher Anelia sampai merah dibuat peragut tu. Tapi, ibu bapa ni bersyukur tak ada kecederaan lain macam darah atau luka.

Pun begitu, Anelia masih trauma dengan apa yang berlaku dan berulang kali describe fizikal peragut tersebut kepada ibu bapanya.

71490299 2503651756538961 6728401727604654080 N
Sumber: facebook

Orang tu amek rantai kakngah, nanti kita habaq kat polis, orang tu perempuan tak pakai tudung, orang tu jalan dua orang, orang tu gemuk, orang tu rambut panjang.”

Tujuan Cikni menceritakan pengalamannya ini adalah sebagai peringatan kepada ibu bapa yang lain untuk lebih berhati-hati. Lebih-lebih lagi pada parents yang ada anak perempuan.

72293092 2503651716538965 6849325406542102528 N
Sumber: facebook

“Moga jadi pengajaran buat cikni dan semua yang ada anak dara. Kalau pakai barang kemas, bukaklah bila ke tempat sesak dan ramai orang. Spesies jahat lani ada di mana-mana. Tergamak buat dekat insan sekecil tu.”

Haih, lepasni memang kena beringat sikitlah kalau siapkan anak tu. Orang jahat ni memang tak kisah siapa pun yang pakai barang kemas, yang penting dorang dapat. Admin doakan adik Anelia dapat lupakan tragedi ni.

 

Baca: Bersungguh Lawan Peragut Tarik Beg Hingga Terjatuh, Wanita Tak Sangka Rupa-rupanya Dia Sedang Berbadan Dua!

Screenshot 2019 10 01 At 4.52.48 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.