Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!

Main pickleball di bangunan kedua tertinggi dunia? Sekumpulan pemegang unit ASB baru sahaja merasainya dalam satu pengalaman sekali seumur hidup!
Pada 21 November, ASNB membawa semangat Geng Labur ASB ke The View at 118, dek pemerhatian Menara Merdeka Maybank. Para tetamu antara yang terawal menjejakkan kaki ke sana, dengan pemandangan ufuk Kuala Lumpur terbentang luas di bawah.
Pemandangan yang memang berbaloi

Tetamu berpeluang mencuba kapsul kaca di ketinggian yang cukup mendebarkan. Mereka turut menikmati juadah, pelbagai aktiviti dan bertemu sesama pemegang unit.
Beberapa tetamu terpilih pula menyertai permainan pickleball di Tingkat 118, satu pengalaman sekali seumur hidup yang dianjurkan khas untuk majlis ini sahaja.
Majlis ini turut meraikan pemenang Fasa 1 Geng Labur ASB melalui majlis penyampaian hadiah.
Apa itu Geng Labur ASB?

Ideanya mudah: matlamat pelaburan lebih bermakna bila dikongsi. Kumpulan seramai dua hingga empat orang melabur sekurang-kurangnya RM20,000 secara kolektif dalam dana ASB, dan berpeluang memenangi percutian termasuk semua perbelanjaan!
Fasa 2 kini dibuka, dengan dua hadiah menanti:
- Percutian enam hari lima malam untuk empat orang ke KwaZulu-Natal, Afrika Selatan, lengkap dengan safari
- Penginapan tiga hari dua malam untuk empat orang di Club Med Borneo, Sabah
Kempen ini berlangsung sehingga 31 Januari 2027, jadi masih ada masa untuk kumpulkan geng anda.
MSAM 2026
Sambutan ini juga membuka tirai Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2026, platform tahunan PNB yang sudah lama berjalan untuk meningkatkan literasi kewangan dan menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan serta melabur.
Tahun ini, Perdana Menteri akan merasmikan Kita Generasi Labur, sebuah gerakan yang mengajak rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan latar belakang untuk mula melabur.
Buat pertama kalinya, MSAM dianjurkan bersama Karnival Jom Heboh. Maknanya, pendidikan kewangan akan hadir bersama pengalaman interaktif dan hiburan untuk seisi keluarga.
Butiran:
- MSAM x Jom Heboh 2026
- 27 hingga 29 November, 9.00 pagi hingga 11.00 malam
- Stadium Merdeka, Presint Merdeka 118
- Masuk percuma dan terbuka kepada orang ramai
- Info: https://www.pnb.com.my/en/msam
Nak tahu lebih lanjut tentang Geng Labur ASB dan cara untuk menyertainya? Layari halaman kempen di asnb.com.my/campaign/geng-labur-asb
Nak cerita macam ni sampai dulu?
Jadikan Lobak Merah sumber pilihan di Google.



