in

“Siasatan akan dijalankan” – Pihak Polis Sahkan Bakal Siasat Program All Together Now Malaysia

Collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, pihak berkuasa mengatakan tiada siasatan akan dijalankan ke atas program realiti All Together Now Malaysia (ATNM) terbitan Astro atas alasan ia merupakan rakaman lama yang dibuat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Pun begitu, hari ini pihak polis telah mengesahkan yang mereka akan membuka kertas siasatan ke atas program TV tersebut.


Perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Fadzil Ali kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Fadzil mengatakan program tersebut telah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dirakamkan.

0A4E06C0002F931A4B961302605545D3.Jpgs660

Namun, Menteri Kanan (Pertahanan) Ismail Sabri telah menegaskan yang tiada sesiapa termasuk anaknya boleh terlepas dari tindakan undang-undang sekiranya didapati melanggar SOP.

Program ATNM ini telah mendapat perhatian selepas episod pertamanya disiarkan pada hujung minggu lalu yang memperlihatkan seramai 50 juri tak membuat penjarakan sosial mahu pun memakai pelitup muka.

Ekoran ini, ramai netizen meminta agar pihak berkuasa menyiasat program tersebut. Antara juri-juri yang ditampilkan termasuklah anak Ismail Sabri sendiri, Dafi.

 

Baca: Rakaman Lama, Polis Tak Buka Kertas Siasatan Untuk Program All Together Now Malaysia

Screenshot 2021 06 10 At 5.21.17 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.