in

Siapa Tak Pergi Solat Jumaat Akan Didenda dan Dipenjara!

Page Solat2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penganut agama Islam telah dididik sejak kecil untuk menunaikan solat lima waktu. Rukun Islam yang kedua itu merupakan perkara yang wajib untuk ditunaikan oleh umat Islam tanpa kompromi. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan masih terdapat segelintir umat Islam yang memilih untuk tidak menunaikan solat wajib lima waktu.


Bukan itu sahaja, pada setiap hari Jumaat, kaum lelaki wajib menunaikan solat Jumaat di masjid tetapi situasi yang berlaku sekarang amat menyedihkan apabila masih ramai yang tidak mengendahkan serta dengan selamba berlegar di tempat awam ketika solat berlangsung.

Solat7
gambar hiasan

Disebabkan itu, menurut Harian Metro, Negeri Sembilan telah mula mengambil langkah ini bagi mengurangkan masalah lelaki Islam yang ponteng solat Jumaat dan sekaligus berharap agar tiada lagi yang berani meninggalkan solat wajib tersebut.

Solat4Blur
sumber: harian metro

Pegawai Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah Mohd Raizalani Mohd Rais berkata hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan akan dikenakan kepada lelaki Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan ketiadaan uzur syarie dan sebab munasabah mengikut Seksyen 113 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (EJSNS) 1992.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengeluarkan surat pekeliling kepada 68 masjid pada 4 Januari lalu bertujuan untuk memberi kesedaran berkenaan kesalahan meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja.

Solat8
gambar hiasan

Tindakan ini dikuatkuasakan selepas mendapat aduan daripada kariah di Kuala Pilah yang mendakwa terdapat lelaki Islam yang berada di luar masjid dan berkeliaran di premis perniagaan serta tempat awam ketika solat Jumaat.

“Ia dilihat mencemarkan imej agama Islam sendiri selain mencerminkan sikap kurang ambil peduli mengenai hukum.”

Tambah beliau lagi, ini merupakan kali pertama pihak mereka mengeluarkan arahan tersebut kerana ingin memastikan golongan yang tidak menunaikan solat Jumaat untuk menghadirkan diri ke masjid apabila masuknya waktu.

Solat3
sumber: harian metro

Ujarnya lagi, mereka telah meminta supaya pihak pengurusan masjid di daerah tersebut untuk membuat hebahan dan edaran kepada ahli kariah semasa solat Jumaat dan menampal pekeliling di papan kenyataan.

Hukum agama jangan dibuat main ye… Negeri lain boleh start buat jugak rasanya.

Baca: “Nak solat jugak? Sila resign” – Kedai Sukan Ugut Pekerja Muslim Yang Ingin Solat Waktu Kerja

Solat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.