in

“Siapa buli patut kena tangkap” – Polis Jumpa Nota Tulisan Tangan Penuh Dengan Luahan Perasaan Sulli Tapi…

Collage 39

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk pengetahuan korang, siasatan masih berjalan untuk menentukan punca kematian Sulli yang berlaku secara tiba-tiba.


Menurut AllKpop, media tempatan mengatakan semasa pihak polis melakukan pemeriksaan di rumah Sulli, mereka menemui buku nota penuh dengan tulisan tangan pelakon dan penyanyi ini tentang perasaan dan pemikiran peribadinya.

Selain dari itu, pihak polis juga mengesahkan yang nota tersebut bukan nota bunuh diri mahu pun diari milik Sulli dan mengatakan yang dorang tak akan dedahkan isi nota tersebut kepada orang ramai.

Setakat ini, punca kematian Sulli belum lagi disahkan namun pihak berkuasa mengatakan tak ada tanda-tanda penceroboh masuk ke rumah wanita ini.

Screenshot 2019 10 16 At 10.44.27 Am
Sumber: instagram

Sementara itu, peminat percaya yang kematian Sulli berlaku kerana penyanyi ini terkesan dengan kecaman-kecaman dari netizen dan mula membuat petisyen meminta kerajaan untuk mewajibkan netizen menggunakan nama sebenar di media sosial.

Kalau korang nak tahu, Sulli telah “berehat” dari dunia hiburan sejak dari tahun 2014 kerana tak tahan dengan komen-komen kejam serta khabar angin tentangnya.

Keluarga Sulli pula umumkan yang anak mereka akan menerima pengebumian secara private  dan meminta pihak media untuk menghormati permintaan mereka yang mahukan perjalanan terakhir Sulli “to be beautiful”.

Masa orang ni hidup, asyiklah dikutuk. Bila dah tak ada baru nak diagung-agungkan. Agaknya sifat manusia memang macam tu kan?

 

Baca: “Dia dikatakan alami depression” – 4 Kecaman Popular Yang Sulli Kena Ini Penyumbang Dia Kemurungan?

Screenshot 2019 10 16 At 10.40.51 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.