in

“Dia dikatakan alami depression” – 4 Kecaman Popular Yang Sulli Kena Ini Penyumbang Dia Kemurungan?

Sullidepress

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu berita mendukacitakan buat industri hiburan Korea dan peminat dari seluruh dunia semalam tentang kehilangan bintang terkenal Choi Jin-ri atau Sulli yang ditemui meninggal dunia seawal umur 25 tahun.


Dia dikatakan ditemui mati akibat menggantung diri dirumahnya. Berikutan dengan kejutan itu, pihak polis menjelaskan bahawa Sulli menghidapi kemurungan melampau.

 

Bunuh diri dikatakan sebab depression

Sulli Death 1410A
Sumber : google image

Seperti yang kita ketahui, kumpulan KPop f(x) yang diceburinya mula menaikkan namanya dipersada seni hiburan di negara tersebut.

Tujuan dia meninggalkan kumpulan itu adalah untuk fokus dalam kerjaya lakonannya. Menurut sumber , semenjak itu namanya seringkali terpalit dengan kontroversi dan dia antara artis yang selalu terima kecaman daripada netizen.

Jadi, sepanjang perjalanannya dalam bidang dunia hiburan,  ada senarai kecaman popular yang dia terima yang mungkin menyebabkan dia depression.

 

1. Gigit Kucing

Ada sekali Sulli pernah buat IG Live dia tengah bermanja dengan kucing peliharaannya, Sulli ada memelihara kucing jenis Sphynx dimana spesies kucing ini tidak memiliki bulu.

Dalam video Live tersebut Sulli ada menggigit bulu kucing itu sampai kulitnya tertarik. Tapi jika dilihat dengan lebih jelas ia langsung tak abusive. Disebabkan sikap skeptikal netizen yang sensitif dengan semua perkara, Sulli dikecam teruk.

 

2. Bercium dengan Go Ha Ra

Ada satu video majlis sambutan ulang tahun yang diraikan oleh Sulli dan rakan baiknya iaitu penyanyi Go Ha Ra. Macam biasalah dia ada buat IG Live masa sambutan tu, dalam video tu dilihat Sulli ada berkuncupan dengan Go Ha Ra.

Disebabkan itu mereka dikecam habis-habisan kerana rakan karib ini dilabel lesbian oleh netizen.

 

3. Cium Choiza

Sebelum ini Sulli pernah muat naik satu foto dia mencium pipi  bekas kekasihnya Choiza yang juga merupakan seorang penyanyi di Korea. Kalau nak ikutkan sebenarnya ia satu perkara biasa di Korea apabila selebriti memuat naik foto mesra dengan kekasih.

Tetapi foto itu mendatangkan rasa kurang senang netizen jadi, tohmahan demi tohmahan dia terima.

 

4. Tag private account G-Dragon

Bagi yang mengikuti perkembangan industri hiburan Kpop, pastinya korang akan tahu yang Sulli ni berkawan baik dengan G Dragon.

Keakraban mereka ni sampai orang ingatkan mereka ni tengah bercinta. Biasalah artis kadang-kadang ada 2 akaun media sosial. Satu untuk public satu lagi untuk private.

Jadi, G Dragon merupakan salah seorang artis yang melakukan perkara sedemikian, ada sekali tu Sulli datang ke konsert G Dragon dan kongsikan gambarnya di Instagram. Dalam gambar tersebut, Sulli pergi tag kedua-dua akaun media sosial G Dragon.

Disebabkan itu, Sulli dikecam dengan kata-kata pedih dilemparkan oleh netizen kepadanya kerana dianggap tidak menghormati keperibadian G Dragon. Nak dipendekkan cerita, Sulli ni antara artis Kpop yang kerap dikecam.

Cuma, adakah ini punca dia bunuh diri itu tak boleh nak confirmkan tapi kebarangkalian kecaman ini yang menyumbang pada tekanan dan kemurungan Suilli tu ada.

Jadi, sebagai pengajaran hati-hati lah dalam memberikan komen.

 

Baca :  “Meluat aku” – Haneesya Hanee Dikecam Guna Kata-kata Terakhir Sulli Sebelum Bunuh Diri Untuk Raih Simpati

Suleehaneesya

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.