in

“Siap bertarian singa!” – Pengantin Melayu Kahwin Ikut Budaya Cina Tarik Perhatian Netizen

Tarian Singa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita sebut pasal hari perkahwinan, ramai antara masyarakat kita yang boleh dikatakan berfikiran kreatif dalam memilih tema dan merancang aturcara majlis tersendiri demi menggamit kenangan untuk diceritakan pada generasi anak cucu mereka nanti.


Nak dijadikan contoh, terdapat sebuah pasangan pengantin berbangsa Melayu yang berasal dari Tawau ini telah menarik perhatian netizen kerana tema perkahwinannya yang cukup rare dan menarik!

Menurut posting Facebook yang telah dimuatnaik oleh Persatuan Buddhist Tawau, Isnin lalu, kedua-dua mempelai yang dikenali sebagai Fyza dan Fikri tampak segak bergaya dengan memakai pakaian tradisional berbangsa Cina. Malah siap ada bertarian singa!

Budaya asal tidak dilupa

Walaupun tampil bergaya berpakaian tradisional Cina iaitu tang dan qipao, adat perkahwinan Melayu masih diingati dengan mengekalkan konsep pelamin dan bersanding semasa majlis perkahwinan.

292914070 5085232231586805 5405296339697554433 N

293428463 5085231341586894 4773619805287120838 N

Idea tercetus sebab suami kawan ramai cina, ibu isteri ada darah keturunan cina…

Perkara itu telah dijelaskan dalam artikel See Hua Daily yang rupanya ibu kepada isteri pengantin mempunyai sedikit darah keturunan cina manakala si suami pula mempunyai ramai kenalan cina dan suka melihat persembahan tarian naga sejak kecil lagi.

292959735 5085234758253219 8382682310166618305 N

Keluarga terbuka menerima asalkan tak langgar hukum agama

Majlis perkahwinan mereka diterima baik oleh kedua-dua keluarga mempelai malah ada yang teruja melihat persembahan tarian singa yang boleh dikatakan unik dan menarik bagi satu majlis perkahwinan yang asalnya sinonim dengan busana tradisional melayu seperti baju melayu songket.

Keluarga mereka juga melihat majlis ini sebagai ‘kepelbagaian budaya Malaysia’ yang dimana ia wajar demi memupuk semangat keharmonian antara rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan budaya.

Korang pernah dengar tak majlis perkahwinan yang unik macam ni? Cuba kongsikan pada min.

Baca: “Melampau!” – [VIDEO] Orang Kampung Buat Majlis Kahwin Tengah Tanah Perkuburan, Siap Ada ‘Speaker’ Audio

Screenshot 2022 07 14 At 12.59.58 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.