in

“Si Perakam Tu Yang Bodoh”- Viral Pak Haji Gaduh Dalam Masjid Tapi Perakam Kena Kecam Sebab…

Pakhaji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah bosan dengan video viral anak muda? Haaa kali ini viral pula sebuah klip video pendek melibatkan jemaah masjid. Haaa rare kan.


Kejadian yang dipercayai berlaku di Sandakan, Sabah itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati sekumpulan jemaah mengenai kewangan masjid dan pengurusan masjid yang tidak telus.

Bagaimanapun, netizen tak lah kisah sangat mengenai insiden berkenaan, tapi yang lebih diberi perhatian adalah tindakan perakam yang dikatakan “kurang cerdik”.

Screen Shot 2019 08 03 At 5.55.52 Pm
Sumber facebook.

Rata-rata netizen berpendapat insiden berkenaan tidak patut dirakam dan disebabkan kerana ia boleh mendatangkan fitnah dan keburukan Islam di mata orang bukan Islam.

Ramai yang beranggapan tindakan perakam itu seolah olah cuba menjatuhkan maruah agama Islam.

Difahamkan kejadian berkenaan berlaku ketika jemaah ingin menunaikan solat Jumaat beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsian akaun Info Viral di Facebook, video berdurasi tiga minit 13 saat itu bermula apabila seorang lelaki menumbuk jemaah yang lain.

Screen Shot 2019 08 03 At 5.55.52 Pm 1
Sumber: facebook.

Keadaan semakin kecoh apabila jemaah lain turut menolak dan menerpa lelaki berkenaan sebelum dileraikan beberapa individu lain.

Bagaimanapun kedengaran seorang individu lain yang meminta jemaah lain bertenang dan menghormati masjid.

Hmm korang fikirlah sendiri, ada banyak lagi cara boleh selesaikan masalah. Iye tak?

Baca: Netizen Bergaduh Gara-gara Iklan Kondom Ini

Screen Shot 2019 08 03 At 6.29.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.