in

“Settle” – Caprice Bayarkan Denda RM1,000 Jurutera Conteng Tembok Kedutaan AS

caprice bayar denda jurutera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang jurutera projek dijatuhkan hukuman denda RM1,000 disebabkan menconteng tulisan terrorist di tembok bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), semalam.

Tertuduh bernama Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah, 23, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.


Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan khianat iaitu merosakkan harta kepunyaan Kedutaan AS sehingga menyebabkan kerugian RM200 kerana menconteng dengan menggunakan penyembur cat warna merah.

Artikel berkaitan: Dapat Perintah Injuksi Interim, Caprice Mohon Maaf Terpaksa Padam Semua Video Berkaitan UEL & Mondy

Artikel berkaitan: “Unsung heroes!” – Kenali 4 Wartawan Berani Yang Tak Henti Sebar Kebenaran Di Palestin

https://twitter.com/redzuannewsmpb/status/1722199810361765998?s=46&t=wy4F1EI1iv4XyzGrJ_qiIA

Berita tersebut telah meraih pelbagai reaksi netizen termasuklah penyanyi rap dan aktivitis kemanusiaan, Caprice yang berbesar hati untuk membayar denda yang dikenakan terhadap tertuduh.

Menerusi hantaran yang dikongsikan Caprice dalam Instagram miliknya, dia memuat naik resit perbankan yang menunjukkan dia memindahkan wang berjumlah RM1,000 kepada akaun tertuduh.

Settle… hang memang berani dik. Dan kita sentiasa di belakang sahabat-sahabat kita yang berjuang demi Al-Aqsa. Insha-Allah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata nentizen memuji dan berterima kasih atas sikap prihatin yang ditunjukkan Caprice.

Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan Caprice kerana menganggap perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah salah kerana melakukan vandalisme.

Menurut laporan, tertuduh melakukan perbuatan itu di tembok luar bahagian Utara Kedutaan AS menghadap Jalan Tun Razak antara pukul 5.30 pagi hingga pukul 5.45 pagi pada 28 Oktober lalu kerana tidak berpuas hati dengan konflik yang melanda Palestin.

Sumber: Instagram, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.