in

Dapat Perintah Injuksi Interim, Caprice Mohon Maaf Terpaksa Padam Semua Video Berkaitan UEL & Mondy

Caprice Perintah Injuksi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Mahkamah Sesyen Shah Alam, telah membenarkan perintah injuksi interim (sementara) yang dituntut Ebit Lew bagi menghalang Caprice dan Mondy mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan reputasinya dan keluarga serta rakan-rakan.

Susulan perintah itu, Caprice semalam telah memuat naik posting di Instagram memohon maaf kepada netizen dengan mengatakan bahawa dia akan memadam semua posting yang melibatkan kes Ebit Lew.


Menurutnya, tindakan itu dibuat bagi menghormati perintah injuksi interim dari mahkamah melalui platform secara e-review Hakim Sayani Mohd Nor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Artikel berkaitan: Cemar Reputasi Ebit Lew, Mahkamah Arahkan Caprice & Mondy Padam Video Podcast

Artikel berkaitan: “Kini tiba masanya” – Makin Panas! 8 Tahun Dengan Ebit Lew, PA Tiba-tiba Duduk Semeja Dengan Caprice?

“Tak boleh cakap langsung pasal kes ni” 

Tambah Caprice lagi, dia tidak boleh langsung bercakap mengenai kes ini atau apa-apa yang berkaitan dengan kes tersebut serta orang-orang yang terlibat dalam kes ini secara langsung atau tidak langsung dalam apa-apa bentuk platform.

Pada asasnya, saya tak boleh cakap apa-apa langsung mengenai kes ini atau orang yang terlibat dalam kes ini atau orang di dalam kes ini. 

“Tentang video-video yang dibayar untuk sebar fitnah di TikTok, disebabkan injuksi interim, Caprice dinasihat untuk TIDAK boleh jawab atau counter,” kata Caprice.

Rice20 Hmfield Image Socialmedia.var 1695200238

Menurutnya lagi, dia akan ‘fight’ kes ini melalui peguamnya dan dia juga memohon maaf kepada mangsa-mangsa yang meminta bantuan kepadanya kerana buat masa ini dia tidak boleh berbuat apa-apa.

Sebelum ini, mahkamah telah memerintahkan Caprice dan Mondy untuk memadam rakaman di Youtube dan Instagram dalam tempoh 24 jam selepas perintah injuksi sementara itu dikeluarkan.

Ebit Lew selaku plantif juga menuntut ganti rugi am, teladan, pampasan, kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.