“Setiap story dia reply” – Jurusolek Cerita Pengalaman ‘Diganggu’ Pengantin Lelaki, Suami Client Sendiri

Tambah ke Sumber Pilihan
“Setiap story dia reply” – Jurusolek Cerita Pengalaman ‘Diganggu’ Pengantin Lelaki, Suami Client Sendiri

Peranan seorang jurusolek untuk majlis perkahwinan adalah untuk memastikan kedua mempelai kelihatan berseri di sepanjang majlis, sebelum wujudnya tukang andam yang khusus untuk pengantin lelaki, jurusoleklah orang yang memainkan peranan untuk menyiapkan pengantin lelaki.

Jadi, ia menjadi satu masalah buat jurusolek perempuan yang terpaksa bertentang mata dan menyentuh pengantin lelaki kerana risiko untuk ‘diganggu’ itu sangat tinggi seperti jurusolek Nabeela Khan ini pernah hadapi.


Artikel berkaitan : Makcik Curi RM2,500 Di Rumah Pengantin Ditangkap, Ada 10 Rekod Jenayah

Aritkel berkaitan : Pengantin Lelaki ‘Cancel’ Nikah Sejam Sebelum Majlis, Iman Troye Beri Sokongan Moral Pada Gadis

Katanya menerusi Thread, tidak dinafikan biarpun majoriti pelanggannya baik-baik sahaja, namun ada segelintir yang didakwa mengganggu dirinya, membuatkan dia rasa tak selesa serta boleh mengancam hidupnya dari aspek keselamatan.

Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk tidak melakukan solekan untuk pengantin lelaki lagi dan hanya tumpu kepada pengantin wanita sahaja berbanding dengan sebelum ini di mana dia akan menyediakan pakej untuk menyiapkan pengantin lelaki selepas siap menata rias pengantin wanita.

Screenshot 2025 04 08 130734

Jelasnya, gangguan yang dialami ini selalunya berlaku selepas selesai majlis. Nabeela menjelaskan bahawa dia menyedari yang pengantin lelaki tersebut follow di Instagram miliknya dan mula rasa tidak selesa apabila pengantin lelaki tersebut bertegur sapa dengannya di aplikasi itu.

Lebih membimbangkan dirinya lagi, Nabeela menjelaskan hampir setiap story yang dimuat naik akan mendapat respon daripada pengantin lelaki itu.

Screenshot 2025 04 08 131724 Screenshot 2025 04 08 131750

Semenjak kejadian ini, Nabeela membuat keputusan untuk tidak melakukan servis menata rias pengantin lelaki biarpun diasak dan didesak oleh klien kerana trauma dan jijik dengan apa yang berlaku.

Kisah ini dikongsikan berikutan tularnya kes melibatkan seorang pembantu pengantin (Bride Assistant/BA) yang dikatakan cuba menggoda pengantin lelaki. Jadi sebagai pengajaran, Nabeela mengatakan bahawa salah BA tersebut yang menggoda dan pengantin lelaki yang melayan.

Malah, kes yang terjadi kepada dirinya pula, Nabeela membuat keputusan untuk tidak memperbesarkan isu ini dan hanya menyekat akaun pengantin tersebut serta tidak memberitahu kliennya kerana tidak mahu terpalit dengan masalah rumah tangga yang baru dibina.

Sumber : Thread

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Setiap story dia reply” – Jurusolek Cerita Pengalaman ‘Diganggu’ Pengantin Lelaki, Suami Client Sendiri
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/setiap-story-dia-reply-jurusolek-cerita-pengalaman-diganggu-pengantin-lelaki-suami-client-sendiri/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM