“Seteruk-teruk Aliff Aziz dia tetap peluk cium anak” – Suami Lufya Buat Tak Endah Ketika Anak Jerit ‘Daddy’ Di Mahkamah?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Masalah rumah tangga yang dialami pelakon dan bekas pelajar Akademi Fantasia 6, Lufya Omar makin bertambah rumit semalam apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum katanya tak mahu menceraikan isterinya itu. 

Menurut mStar, Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Petaling Jaya kemudian telah memerintahkan pasangan tu untuk lantik jawatankuasa pendamai (JKP) untuk kes penceraian itu.

 

Tragedi sedih di mahkamah, suami Lufya buat tak endah pada anak? 

Sebelum ini, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, selaku plaintif telah failkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Namun apa yang berlangsung pada hari Isnin ni menimbulkan suasana sedih dan tragis apabila anak pasangan tersebut, Laana Haura dilihat menjerit tangis dan memanggil ‘daddy… daddy’ apabila terlihat wajah ayahnya. 

Agak mengejutkan, Dr Che Hafiz yang katanya memasang ‘bodyguard’ bersamanya itu tidak langsung mengendahkan jerit tangis anak mereka dan terus berlalu keluar daripada ruang mahkamah tersebut. Aduhai… 

Laana Haura pulak dilihat dibawa masuk ke dalam bilik mahkamah dan ditenteramkan oleh Lufya yang memegang anak tersebut.

Sumber: Youtube

 

“Walaupun Aliff Aziz macam tu tapi dia still peluk cium anak dia lepas luar court” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut memang tak puas hati dengan sikap dan tindakan suami Lufya tersebut yang langsung tak endahkan tangisan anaknya.

Malah ada yang bezakan sikap Dr Che Hafiz dan Aliff Aziz yang sangat berbeza, di mana Aliff masih lagi peluk cium anak lepas dia dan isterinya bercerai. Namun Dr Che Hafiz ni tak pulak macam tu.

Sumber: Youtube

Walau bagaimanapun, ketika disoal wartawan semasa di mahkamah, Lufya pada masa yang sama agak pelik dengan sikap suaminya yang tak mahu meneruskan perceraian.

“Pelik, sebelum ini Hafiz sudah hebohkan dia dah ceraikan saya melalui Whatsapp namun tiba-tiba hari ini dia enggan meneruskan prosiding tersebut,” katanya yang juga mengakui si suami sudah lama tidak melawat anak.

Sumber: mStar

Dr Che Hafiz pula pada masa yang sama tidak mahu mengulas lanjut akan keputusan mahkamah tersebut dan hanya akan mengikut nasihat peguam.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Kita doakanlah yang terbaik buat mereka. 

Baca: “Uish Nabila derhaka ke?” – Sharnaaz Failkan Permohonan Nusyuz, Mahu Cuba Selesai Dengan Cara Baik

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!