in

“Bukan masa bawa kereta je boleh jadi” – BAHAYA ‘Microsleep’ Semua Orang Wajib Ambil Tahu!

Collage 12

Masa bawak kereta lepas sehari suntuk penat bekerja, pernah tak korang tiba-tiba tak ingat apa yang berlaku beberapa saat yang lepas? Macam “eh aku dah sampai sini? Bila masa pulak aku lalu traffic light tadi?” 

Kalau korang pernah experience benda ni, maknanya korang pernah alami microsleep dan korang memang bernasib baik sangat sebab terlepas dari bahaya yang boleh menimpa korang. Sebab tu penting untuk korang tahu pasal microsleep ni tau. Jom baca lebih lanjut!

Apa itu microsleep?

Microsleep Saat Mudik

Microsleep adalah keadaan tak sedarkan diri secara tiba-tiba yang berlaku dalam masa yang singkat dan boleh berpanjangan hingga ke beberapa saat.

Masa microsleep berlaku, korang boleh berada dalam pelbagai keadaan tau. Mungkin mata korang masih terbuka, korang tengah duduk atau tengah buat sesuatu tapi beberapa bahagian otak tiba-tiba offline. Maksudnya, korang ingat korang tengah berjaga tapi sebenarnya beberapa bahagian otak korang tengah tidur.

Apa yang menyebabkan microsleep?

Insomnia

Selalunya microsleep sering dikatakan berlaku ketika memandu. Tapi, kalau korang nak tahu, microsleep sebenarnya boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa amaran tau!

Ini kerana, microsleep berlaku bila korang tak cukup tidur. Contoh sebab insomnia, kerja shif malam, buat assignment, main game dan aktiviti lain yang buatkan korang tak cukup tidur.

Bukan tu je, kalau pekerjaan yang bosan dan sama je tanpa melakukan apa-apa aktiviti lain pun ada risiko juga untuk dapat microsleep.

Kenapa microsleep ni bahaya?

A86378C6 3879 40A9 Bdc9 B463Ab0B1787

Isu besar bila seseorang tu alami microsleep, kita ada risiko tinggi untuk buat kesalahan kerana kita berada dalam keadaan separa sedar, separa tidur.

Jadi, sangat bahaya kalau kita dapat microsleep masa tengah memandu atau tengah guna mesin-mesin berat semasa bekerja kerana, jika tersilap langkah ia boleh menyebabkan kemalangan dan kadangkala membawa kepada kematian.

Cara nak cegah microsleep

Gettyimages 1149743643

Disebabkan microsleep ni selalunya terjadi sebab korang tak dapat rehat yang cukup, cara terbaik adalah untuk dapatkan tidur yang cukup setiap malam.

Tapi, kalau korang kena buat tugasan yang sama atau berulang untuk jangka masa yang lama macam, memandu jarak jauh, mengendalikan mesin berat atau kena siapkan assignment yang banyak, korang boleh cuba tips dekat bawah ni supaya korang dapat kurangkan risiko kemalangan yang disebabkan oleh microsleep ni:

05 16 19

  • Power nap. Cuba curi masa paling lama 20 minit untuk tidur sekejap supaya korang boleh cas balik otak dan jadi lebih alert.
  • Berehat. Kalau korang kena mengadap satu benda untuk jangka masa yang lama, cuba untuk tukar aktiviti setiap setengah jam seperti bangun dan berjalan sekejap untuk lancarkan perjalanan darah.
  • Bersembang. Tak salah kalau korang ambil masa sekejap untuk bersembang dengan orang kerana korang perlu fokus masa tengah bercakap. Tambah lagi, bila korang bercakap, kadar pernafasan korang akan bertambah dan korang akan dapat lebih banyak oksigen dalam darah.
  • Dengar lagu. Kalau tak ada orang nak bercakap, cuba buka muzik yang rancak dan nyanyi sekali. Benda ni boleh naikkan balik mood.

Selain tu, apa kata korang try Kopi Wonda Booster yang mempunyai 2X coffee shot. Rasa kopi yang pekat dan kaw ni memang sesuai untuk dijadikan peneman harian sebelum mula kerja atau masa nak berjalan jauh.

200321 Wonda Boost Kv 2019 Fa 1

Tambah menarik, Kopi WONDA Booster ni didatangi dengan dua perisa tau. Untuk peminat kopi susu korang boleh cuba perisa milk coffee dan kalau korang jenis peminat tegar kopi, korang boleh try perisa black coffee.

Korang pun tahu kan Kopi WONDA ni memang terkenal dengan rasa kopi seperti baru dibru. Confirm terangkat punya!

Ha, apa tunggu lagi? Korang boleh grab Kopi Wonda Booster ni dekat mana-mana kedai runcit atau kedai serbaneka berhampiran sekarang!!!

Sumber: BertuahPos
Sumber: KABB
Sumber: CNet
Sumber: Achievers