“Sempoi betul” – [VIDEO] Pengantin Singgah Pasar Malam Disambut ‘Kompang’, Siap Dapat Makanan Free!

Tambah ke Sumber Pilihan
“Sempoi betul” – [VIDEO] Pengantin Singgah Pasar Malam Disambut ‘Kompang’, Siap Dapat Makanan Free!

Menjelang bulan-bulan hampir akhir tahun ni, Min yakin mesti ramai pasangan yang ingin menghalalkan hubungan mereka dengan melangsungkan perkahwinan.

Biasanya lepas majlis persandingan, pasangan pengantin baru akan pergi ambil gambar outdoor di ruang-ruang lapang dengan persekitaran yang cantik, kan? Tapi pernah tak korang dengar pengantin baru singgah pasar malam lepas bersanding?


Baru-baru ini, tular di laman Tiktok pengguna @amir_firdaus8 berkenaan sepasang pengantin baru yang lengkap berpakaian serba putih singgah ke sebuah pasar malam dengan ‘selamba’.

Menariknya, kehadiran pasangan tersebut siap disambut dengan lagu pengantin baru serta paluan kompang yang dipasang melalui pembesar suara pasar malam tersebut. Sporting betul abang DJ kat sana, siap wish selamat pengantin baru lagi!

Menurut pemilik video itu lagi, ada juga peniaga yang bermurah hati menghadiahkan makanan percuma kepada mereka. Murah rezeki diorang ni.

11 1

Perkongsian lanjut dari pemilik klip tersebut turut melihatkan mereka sudah mengambil gambar outdoor dengan set pakaian yang sama dan dijangka singgah ke pasar malam selepas sesi tersebut.

Rata-rata netizen di ruangan komen berseloroh mengatakan pasar malam tersebut sebahagian dari kenduri pihak pengantin.

00 17 10

Ramai juga yang teringin untuk melakukan benda sama di hari istimewa mereka nanti. Haa… apa lagi?

9 8111

Apa-apa pun, Min ucap selamat pengantin baru pada pasangan ni! Semoga berkekalan hingga anak cucu, okay?

Sumber: Tiktok

Baca: “Sumpah comel!”- Gadis Punya Nervous Mak Mertua Nak Sarung Cincin Sampai Nangis

6 3

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Imran Azizi
Lagi tulisan Imran
Pelajar Human Resources yang gemar menulis. Berambut sikat tepi, meminati pelbagai jenis muzik dan handal bermain FPL.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Sempoi betul” – [VIDEO] Pengantin Singgah Pasar Malam Disambut ‘Kompang’, Siap Dapat Makanan Free!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sempoi-betul-video-pengantin-singgah-pasar-malam-disambut-kompang-siap-dapat-makanan-free/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM