in

Sempat Selfie Sebelum Tolak Isteri Hamil 7 Bulan Dari Tebing Bukit Setinggi 1000 Kaki, Sebab Nak Insurans?

Selfie

Padah menjadi ‘hamba duit’, seorang suami sanggup melakukan satu tindakan tak masuk akal semata-mata nak cari ‘jalan pintas’ untuk dapatkan wang.

Lelaki yang berasal dari Turki Hakan Aysal, 40 ini sempat berselfie bersama isterinya yang sedang hamil 7 bulan sebelum didakwa menolak isterinya itu dari tebing bukit setinggi 1,000.

Kejadian ini berlaku pada Jun 2018, ketika Hakan bersama isterinya Semra Aysal, 32, sedang bercuti di Butterfly Valley, Turki.

Menurut pendakwa, ‘kemalangan’ yang sengaja dilakukan itu adallah muslihat si suami untuk mendapatkan wang insurans dari isterinya.

Tambah pendakwa, satu-satunya alasan mereka duduk di atas tebing selama tiga jam adalah kerana dia dapat memastikan tidak ada orang di sekitarnya, dan setelah dia menyedari mereka bersendirian, dia sengaja membunuhnya dengan menolaknya dari tebing bukit.

0 Pay Newsflash Wifecliff 01 696X445 1

Menurut, Mirror Online, dia dikatakan merancang percutian ini untuk melakukan pembunuhan tersebut, ini kerana penerima insurans kemalangan jiwa dengan jaminan 400,000 lira Turki (RM250,000) adalah dirinya sendiri.

Mahkamah Jenayah Tinggi Fethiye telah memutuskan bahawa dia direman dalam tahanan kerana pembunuhan yang dirancang.

Menerusi sumber, ahli kelurga mangsa Naim Yolcu yang mengatakan ada mengatakan bahawa

“Ketika kami pergi ke Institut Perubatan Forensik untuk mendapatkan jenazah, Hakan duduk sahaja di dalam kereta. Kami sekeluarga sedih, tetapi Hakan macam biasa je”

Katanya lagi, mangsa merupakan seorang yang tidak suka buat pinjaman, namun setelah mangsa meninggal dunia, mereka baru dapat tahu bahawa mangsa ada tanggung 3 komitmen pinjaman untuk suaminya.

“Adik saya selalu menentang pinjaman. Namun, setelah dia meninggal dunia, kami dapat tahu bahawa dia mempunyai 3 pinjaman yang diambil oleh Hakan menggunakan namanya.”

Malah, Naim juga musykil dengan tindakan Hakan membawanya menaiki bukit.

“Juga, Hakan takut dengan ketinggian, sukan ekstrem apa yang akan dia lakukan?”

Walaubagaimanapun, Hakan menafikan bahawa dia yang menjadi dalang atas kematian isterinya.

0 Pay Newsflash Wifecliff 02

“Dia meminta saya untuk memberikannya telefon. Saya bangun dan kemudian mendengar isteri saya menjerit di belakang saya ketika saya berjalan beberapa langkah untuk mendapatkan telefon dari begnya. Ketika saya berpatah balik, dia tidak ada di sana. Saya tidak tolak isteri saya,” katanya.

Difahamkan, Mahkamah Jenayah Tinggi Fethiye memutuskan penahanan Hakan  dan siasatan masih diteruskan.

 

Baca : “Patutnya dorang halang buat benda camtu!” – ‘Boatman’ Dikecam Sebab Sanggup Terjun Laut Bawa Naik Penyu, Semata Untuk Selfie

Penyu