in

Selepas Coldplay, Taylor Swift Pula Buat Konsert 3 Hari Di Singapura

Taylor Swift Konsert 3 Hari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum reda mengenai pengumuman konsert jelajah kumpulan muzik terkemuka dunia, Coldplay yang dibuat selama 6 hari di negara jiran kita, Singapura kembali menjadi tumpuan apabila seorang lagi penyanyi antarabangsa bakal membuat konsert jelajahnya di sana pada tahun depan.

Pengumuman itu dibuat sendiri oleh pemenang Grammy, Taylor Swift menerusi ciapannya di akaun Twitternya pada hari ini.


Menerusi senarai negara dalam konsert jelajah The Eras Tour, Singapura akan menjadi satu-satunya lokasi konsert di Asia Tenggara, dan perhentian kedua di Asia selepas Tokyo, Jepun.

Malah, konsert Swift akan berlangsung selama tiga hari iaitu pada 2,3 dan 4 Mac tahun depan di Stadium Nasional Singapura.

Peminat kecewa Malaysia tidak tersenarai

Namun, pengumuman itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen terutama peminat dari Malaysia yang meluahkan rasa kecewa kerana Malaysia tidak tersenarai dalam konsert jelajah tersebut.

Menjengah ke ruangan komen ciapan itu, ramai peminat berasa hampa kerana hanya Singapura sahaja yang dipilih dan ini membuatkan para peminat di sekitar Asia Tenggara terpaksa berebut untuk membeli tiket konsert itu.

Perkara ini juga membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa ramai artis antarabangsa ‘mensisihkan’ Malaysia dan lebih memilih negara jiran kita.

Screenshot 2023 06 21 130612 Screenshot 2023 06 21 131003Screenshot 2023 06 21 130914
Screenshot 2023 06 21 131131

Untuk rekod, bintang pop Amerika itu pernah membuat persembahan di Malaysia pada tahun 2014 di Stadium Bukit Jalil.

Manalah tahu, tiba-tiba Swift akan buat kejutan? 

Baca: Konsert Coldplay Di Singapura 6 Hari, Syed Saddiq Jelaskan Mengapa Malaysia ‘Terlepas’ Keuntungan
Syed Saddiq Coldplay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.