“Selang-seli posting” – Hazeman Kongsi 6 Tips Elak Kena ‘Shadow-ban’ Bila ‘Post’ Tentang Palestin

Tambah ke Sumber Pilihan
“Selang-seli posting” – Hazeman Kongsi 6 Tips Elak Kena ‘Shadow-ban’ Bila ‘Post’ Tentang Palestin

Kalau anda perasan sejak kemelut antara Palestin dan Israel baru-baru ini, ramai influencer, artis dan orang awam di Malaysia mula menyebarkan awareness yang berpihak kepada Palestin. Disebabkan itu, ada posting mengenai negara tersebut dihentikan sehinggalah akaun media sosial mereka kena shadow-ban.

Artikel berkaitan: “I’m not afraid to lose job” – Pengakuan ‘Berani’ Bella Hadid Sokong Palestin Buat Ramai Kagum


Artikel berkaitan: “Takut kena banned ke?” Netizen Tak Setuju Alasan Influencer Kenapa Tak Kongsi Isu Palestin

Semalam, Hazeman Huzir telah memuat naik dua video di TikTok bersama Heliza Helmi dan Hazwani Helmi. Mereka berkongsi mengenai 6 tips untuk elak kena shadow-ban jika membuat hantaran tentang Palestin di media sosial.

1. Selang-seli posting

Hazeman berkata, hantaran tentang Palestin mestilah diselang-selikan dengan hantaran tentang perkara yang lain supaya sistem di media sosial tidak dapat mengenalpasti anda sedang fokus isu Palestin.

2. Tulis di aplikasi notes, screenshot dan post

Jika mahu menulis perkataan ‘Israel’ dan ‘Palestin’ di media sosial, tulis dahulu perkataan tersebut di aplikasi notes dalam telefon pintar, screenshot, kemudian letak gambar perkataan itu di story ataupun feed anda.

3. Buat ejaan salah

Elakkan mengeja perkataan yang betul dan tepat seperti ‘Israel’ dan ‘Palestin’ ketika membuat posting. Sebaliknya, gabungkan perkataan tersebut dengan simbol-simbol, sebagai contoh ‘1$RA3L’ dan ‘F4L3ST1N’.

4. Restart telefon pintar anda jika aplikasi Instagram tidak boleh dibuka

Dalam video ini juga, Heliza dan Hazwani Helmi turut berkongsi tips yang ke-4 apabila Instagram mereka tidak dapat dibuka. Solusinya, anda hanya perlu restart semula telefon pintar anda.

5. Letak link sumbangan di profile ataupun bio media sosial

Jika mahu berkongsi link sumbangan untuk Palestin, elak menggunakan pelekat link di story Instagram secara kerap dalam masa 24 jam. Tambah Hazeman, Instagram tidak menggalakkan penggunanya mempromosi perkara di luar aplikasi itu dan apabila algorithm Instagram dapat mengesan perkara ini, views anda di platform tersebut akan menurun.

6. Buka Sensitive Content di setting media sosial

Cara-cara untuk membuka sensitive content di Instagram adalah anda hanya perlu tekan di bahagian setting and privacy, tekan suggested content, kemudian tekan sensitive content. Di bahagian ini, anda pilih more untuk melihat lebih banyak kandungan yang sensitif di Instagram.

Moga 6 tips ni berguna untuk korang!

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Selang-seli posting” – Hazeman Kongsi 6 Tips Elak Kena ‘Shadow-ban’ Bila ‘Post’ Tentang Palestin
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/selang-seli-posting-hazeman-kongsi-6-tips-elak-kena-shadow-ban-bila-post-tentang-palestin/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM