in

“Selama ni tak terfikirpun” – Rakaman CCTV Lelaki Loloskan Diri Dari Kereta Misteri, Cara Ni Kita Boleh Terapkan

Untitled Design 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang dulu selalu cakap kepandaian boleh kalahkan kekuatan, jika ada bahaya menanti yang dapat menepisnya adalah kelajuan otak kita berfikir.


Perkara ini kita dapat lihat menerusi video yang dimuat naik oleh Robbery Fail di Twitternya. Video rakaman CCTV seorang lelaki cuba melepaskan diri dari kereta yang mencurigakan.

Lihat bagaimana lelaki di dalam video itu berfikir, lelaki itu lari ke arah yang bertentangan sebaik sahaja kereta itu menghampiri. Ini membuatkan kereta itu mengambil masa untuk reverse ke belakang.

Bukan setakat itu sahaja, lelaki itu berlari berpatah balik dan berlari ke hadapan sambil melintas jalan ke laluan bertentangan selepas dia melihat ada kereta lain yang lalu di situ.

Culik1

C2

Culik3

Tindakannya itu membuat pemandu yang sudah terlajak ke belakang terus memecut laju ke hadapan untuk mengejarnya.

Namun usaha pemandu tu hanya sia-sia apabila lelaki tersebut mengekori belakang kereta yang lain lalu dia lari jauh meninggalkan lokasi itu.

Culik4

Teknik yang bagus

Ini merupakan teknik yang bagus, kita boleh guna pakai jika menghadapi situasi di dalam video.

Selain digunakan pada diri kita, ianya juga boleh di ajar untuk kanak-kanak. Statistik dalam tempoh 10 tahun terdapat 33 kes penculikan kanak-kanak di Malaysia.

Culik5

 

Walaupun angkanya nampak rendah dan berlaku tempoh yang panjang, tapi ini merupakan langkah awal dalam mengatasi kes culik kanak-kanak.

Oleh itu, teknik di dalam video ini mungkin dapat membantu rakyat Malaysia.

 

Baca: “Nasib ada cikgu masa tu” –  Budak Sekolah Hampir Diculik Lelaki Yang Menyamar Jadi Parents, Tapi Sempat Dihalang Guru

Annotation 2020 05 13 174123

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.