Tak lama lagi, musim perayaan Aidil Fitri akan tiba dan mesti ramai tak sabar nak shopping untuk membeli barang kelengkapan.
Namun tak dinafikan, akan ada bermacam ragam manusia yang kita akan lihat apabila bertandang ke pusat membeli-belah.
Lebih kurang dengan kisah ini, apabila seorang wanita yang penat menunggu teman lelakinya membeli belah.
Selalu lelaki yang menunggu kan? Kalini terbalik
Bila cakap pasal shopping, mesti ramai golongan lelaki dah pening kepala lagi-lagi untuk para suami.
Mana tidaknya, menunggu untuk golongan wanita nak membelek barang lagi dan akhirnya para lelaki yang menunggu dan terduduk di luar atau di mana-mana yang selesa.
Namun, telah tular baru-baru ini di aplikasi TikTok apabila seorang wanita yang terduduk kepenatan menunggu teman lelakinya membeli-belah. Jarang kan kita tengok.
Dan apa yang menarik perhatian, wanita tersebut terduduk sambil pegang makanan ditangannya. Betullah spekulasi perempuan perlukan makanan untuk kekal tenang?
Perkongsian telah dimuat naik oleh @ash.rafz di akaun TikToknya dan sehingga kini telah meraih hampir 5 juta views.
@ash.rafz padan muka 🤣
Dalam video tu nampaklah muka kepenatan wanita tersebut sambil memakan makanannya.
“Lepas makanan terus tak ingat dunia”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat spontan wanita tersebut. Selain ada yang bergurau bahawa para wanita ni tak kisah menunggu lama asalkan ada makanan di tangan.
Sumber : TikTok