in

“Sedih pulak tengok” – Sebak! Murid 11 Tahun Ambil Upah Mengecat, Hanya Minta Dibayar Dengan Beras

Fi Keje

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang tak dapat kita nafikan bahawa lockdown yang dijalankan sekarang ini, beri impak besar kepada seluruh rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup.


Kesannya, ramai tak kisah kalau sesebuah pekerjaan ditawarkan kepada mereka tu bukan kerja yang biasa dilakukan. Asalkan mereka dapat mencari rezeki untuk menampung keluarga.

 

Pelajar sekolah rendah rajin ambil upah mengecat

Bukan saja golongan dewasa, malah golongan kanak-kanak juga ada sifat bertanggungjawab untuk cuba membantu keluarga di musim pandemik ini.

Seperti kisah yang viral baru-baru ini, apabila seorang pelajar sekolah rendah dilihat gigih mencari rezeki untuk membantu keluarga.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @FaeezSalleh, dia menunjukkan seorang ‘pekerja ciliknya’ yang tengah fokus mengecat sebuah meja.

@mfs_bengkelbesi

♬ original sound – Tanah Melayu – Tanah Melayu

 

Mahukan beras berbanding duit

Melalui posting yang lain, Faeez ada menanyakan soal upah kepada kanak-kanak tersebut setelah selesai melakukan kerjanya. Faeez bertanya jika dia mahukan duit ataupun beras sebagai upahnya.

Namun, jawapan kanak-kanak berusia 11 tahun itu mengejutkan Faeez apabila dia lebih memilih beras berbanding duit tersebut.

Dalam video yang dimuat naik, Faeez sempat merakam kanak-kanak tersebut pulang dengan membawa beras yang juga ganjaran atas hasil kerjanya itu. Dia kelihatan senang, dan sempat melihat kepada beras dibawa berulang kali.

@mfs_bengkelbesi

dya mai buat kerja dgn kita,bguih budak nie..kita tya nak duit ka nak beras,dya kata nak beras???#MFsBengkelBesi

♬ bunyi asal – Abeyie_Official ?? – Abeyie_Official ??

Tanpa disangka-sangka, rupanya video perkongsian Faeez ini mendapat perhatian dan ramai yang telah menghulurkan bantuan kepadanya.

Lalu, Faeez meminta kanak-kanak tersebut untuk memperkenalkan dirinya kepada umum. Namanya Muhammad Hanif Bin Zakaria, dan dia juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi bantuan kepadanya dan keluarga.

@mfs_bengkelbesi

Balas kepada @reilaidora_mira1 done video original

♬ bunyi asal – FaeezSalleh – FaeezSalleh

Semoga urusan adik Hanif sekeluarga sentiasa dipermudahkan. Min juga doakan supaya semua yang membaca ini terus kuat menempuh musim pandemik ini!

 

Baca : “Comelnyaa!” – [VIDEO] Comel! Kanak-Kanak Kecil Rajin Tolong Ibu Berniaga, Kelakuannya Buat Ramai Geram

Foot Keje

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.