“Sedap! Kami buat masak gulai!” – Penduduk Sulawesi Tetap Makan Daging Kelawar, Tak Peduli Dengan Coronavirus

Bagaikan tidak terkesan langsung dengan penularan wabak koronavirus atau Covid-19, sesetengah pasar di Sulawesi Utara masih menjual daging hidupan liar. Menurut Berita Harian, daging kelawar masih menjadi makanan kegemaran masyarakat Minahasan yang dimasak Gulai atau dipanggil Paniki.

Sumber: Blog

Walaupun masih tiada kes positif coronavirus dilaporkan berlaku di Indonesia, namun masyarakat di sana masih tiada kesedaran dan tidak berhati-hati. Stenly Timbuleng, penjual kelawar yang mempunyai gerai di Tomohon, sebuah bandar di Sulawesi Utara, di selatan Manado berkata virus itu tidak memberi kesan terhadap perniagaannya.

Malah, perniagaan agak bagus, semuanya sentiasa habis dijual, yang mana secara purata saya jual antara 50 hingga 60 ekor kelawar sehari tetapi boleh meningkat sehingga 600 pada hari keramaian.”

Sumber: Blog
Sumber: Berita Harian

Kelawar merupakan sumber protein masyarakat di sana terutamanya Sulawesi Utara dan jika mahu memasak Paniki, keseluruhan bahagian kelawar akan digunakan termasuk kepala dan sayap.

Kelenjar di pangkal lengan dan leher kelawar dibuang terlebih dulu supaya tidak berbau. Kemudian, ia boleh disalai atau dibakar bagi membuang bulunya sebelum dipotong kecil serta dimasak bersama herba, rempah dan santan.”

Bukan setakat penjual malah masyarakat yang membeli juga tidak kisah dengan penularan virus itu dan tetap berselera menjamah daging kelawar.

Salah seorang warga Manado, Jufry Mantak berkata kaitan antara kelawar dan coronavirus langsung tidak memutuskan seleranya untuk makan hidangan kegemarannya itu.

Tiada kes coronavirus di Manado setakat ini, maka kami di sini masih terus memakannya (kelawar) kerana ia bagus, terutama bila dimasak dengan santan.”

Sumber: Toodia

Tak geli ke woiiii.

Baca: “Tiada lagi kelawar masak lemak” – Restoran Indonesia Berhenti Dari Jual Hidangan ‘Kelawar’ Akibat Coronavirus

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!