Filem The Batman lakonan Robert Patinson baru sahaja mula tayangannya di pawagan seluruh dunia. Filem fiksyen berasaskan adiwira watak kelawar itu memang sangat dinantikan oleh peminat Batman seantero dunia.
Satu kejadian pelik melibatkan tayangan filem The Batman telah berlaku di Austin, Texas, Amerika Syarikat dimana tayangan filem itu terpaksa diberhentikan seketika kerana ada kelawar yang berterbangan dalam pawagam. Korang boleh tengok video kejadian tu dalam video @Jeremiah24_ kat bawah ni.
https://twitter.com/jeremiah24_/status/1499925051482820610?s=21
Menurut sumber dari NBC, kelawar itu dipercayai dilepaskan oleh seorang penonton dalam dewan tayangan itu. Akibat daripada perbuatan itu, kakitangan pawagam yang bertugas terpaksa menghentikan sementara tayangan filem The Batman dan memanggil petugas kawalan haiwan untuk mengeluarkan kelawar itu dari dalam dewan tayangan.
Anelise Holyoak, Pengarah Pemasaran dan Komunikasi rangkaian Pawagam Cinepolis mengesahkan kejadian itu. Menurut Holyoak, seorang penonton yang tidak didedahkan identitinya telah melepaskan seekor kelawar dengan niat sekadar gurauan ataupun prank. Walau bagaimanapun, kelawar itu telah keluar dari premis pawagam dengan bantuan petugas kawalan haiwan dan tidak lagi kelihatan selepas itu.
Dalam kejadian itu, semua penonton dalam dewan tayangan itu ditawarkan refund namun majoriti dari mereka menolak dan ingin kekal di tempat duduk untuk menghabiskan filem The Batman.
Baca: Penonton Berang Pihak Wayang ‘Re-Start’ Movie Lepas 45 Min Tayang, Didakwa Hanya Sebab VVIP?