in

Sebut ‘Anjay’ Sebanyak 100,000 Kali Selama 10 Jam, Lelaki Ini Raih Setengah Juta Tontonan

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi seorang Youtuber bukanlah mudah, seseorang itu perlu memerah otak untuk memikirkan idea video yang berkualiti untuk meraih banyak jumlah tontonan.


Jika sebelum ini tular sebuah video dari negara seberang apabila seorang Youtuber hanya duduk diam sepanjang dua jam video dirakam, kini muncul pula video baru yang lebih kurang sama.

Beberapa hari lalu, sebuah channel Youtube bernama YUPS! ada memuat naik sebuah video berdurasi 10 jam lebih yang bertajuk “Bilang Anjay 100.000 Kali”.

Capture 10

Seperti tajuk video, lelaki Indonesia ini hanya duduk diam dan menyebut perkataan ‘Anjay‘ sebanyak 100,000 kali. Lebih lucu, lelaki tersebut dilihat beberapa kali terlelap dan hampir tertidur ketika video tersebut dirakam. Namun dia tetap gagah menyebut ‘Anjay‘ demi penonton sehingga ke akhir video.

Jika anda fikir tiada pengguna Youtube yang akan tonton video ini, anda silap! Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah pun berjaya meraih sebanyak 578, 046 jumlah tontonan!

Anda boleh tonton video tersebut di sini:

Jelas lelaki itu, video tersebut dibuat selepas dia dicabar oleh seorang Youtuber lain yang mahu dirinya menyebut ‘Anjay’ selama 30 minit. Pantang dicabar, dia akhirnya merakam video tersebut selama 10 jam.

 

BACA: Muat Naik Video ‘Duduk Diam’ Selama 2 Jam , Lelaki Ini Raih 700k Tontonan

Cats 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.