“Sebelum ni dia lemaskan kucing…” – Gadis Terkejut Jiran Kejam Sanggup Kerat Badan Anak Kucingnya

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Meskipun bukan pencinta haiwan, perkara itu tidak memberikan seseorang hak untuk berlaku kejam pada sesetengah binatang. Contohnya seperti apa yang berlaku kepada seekor kucing milik seorang gadis yang baru-baru ini berkongsi rasa marahnya di Facebook.

Kecoh di media sosial selepas seorang pengguna Facebook, Shakira Desmond memuat naik gambar anak kucing yang telah diperlakukan dengan kejam pada 16 Oktober lalu. Menurut gadis berkenaan, salah seekor anak kucing milik abangnya itu telah dikerat dua oleh jiran mereka yang tidak menyukai haiwan tersebut!

Sumber: Facebook

Gambar tersebut menunjukkan separuh badan dan bahagian kepala yang ditinggalkan di hadapan pintu rumah sewa abangnya. Bukan itu sahaja, berhampiran anak kucing itu turut terdapat dua kakinya yang telah dipotong individu kejam tersebut!

Apahal kejam sangat manusia zaman sekarang ni?

Sumber: Facebook

Malah menurut Shakira melalui komen yang dibalas kepada rakannya, kesemua kucing tersebut tidak dilepaskan dan hanya dibiarkan di dalam sangkar di hadapan rumah. Namun, anak jirannya dikatakan sering datang dan mengacau haiwan tersebut.

Shakira turut menceritakan bahawa sebelum ini, jirannya pernah melakukan sesuatu yang kejam terhadap kucing milik abangnya itu.

“Dia ambil kucing dan dia rendam dalam air daripada malam sampai pagi. Dalam tong sampah berisi air,” cerita Shakira ketika membalas komen dari rakan Facebook.

Lebih menyakitkan hati, jiran sebelah rumahnya itu dikatakan waras dan tidak mempunyai masalah kesihatan namun memang berperangai suka menyeksa binatang. Apa masalah orang macam ni eh?!

Sumber: Facebook

Netizen yang melihat gambar dan mengetahui cerita disebalik apa yang berlaku memenuhi ruangan komen dengan menyatakan rasa amarah mereka. Mesti la marah kan, kejam sangat!

Ramai yang meminta gadis tersebut supaya melaporkan kepada pihak berkuasa supaya jirannya ditangkap kerana perkara itu bukanlah pertama kali terjadi.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Namun, menurut Shakira dia takut untuk melaporkan kepada pihak polis kerana bimbang jika jirannya bertindak kejam terhadap tiga ekor lagi anak kucing yang masih tinggal.

Sumber: Facebook

Seorang netizen yang prihatin turut berkongsi maklumat kepadanya tentang nombor telefon pihak yang perlu dihubungi untuk melaporkan kezaliman terhadap haiwan. Terima kasih!

Sumber: Facebook

Memang takde hati dan perasaan langsung jiran dia ni! Kalau tak suka bagitau lah pemilik untuk pindahkan ke dalam rumah ke… Semoga Shakira segera melaporkan kepada pihak polis. 

Baca: “Kenapa wujud manusia kejam macam ni? Dah berapa banyak kucing kami hampa racun…”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!