Sebat Pesalah Khalwat Di Khalayak Umum Bukan Ajaran Islam – Mufti Perlis

Tambah ke Sumber Pilihan
Khalwat

Semalam, seorang tukang rumah berusia 42 tahun telah menjadi individu pertama di Terengganu yang menerima hukuman sebatan di khalayak umum atas kesalahan khalwat berulang.

Memetik laporan Berita Harian, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail memutuskan hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah.


Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza ada memberi ulasan mengenai hukuman sebat ini.

Beliau berkata, hukuman sebat tanpa mencederakan penzina memang terdapat dapat al-Quran dan al-Sunnah namun ia dilaksanakan dengan syarat dan peraturan yang sangat ketat.

Kes itu hendaklah disaksikan oleh empat orang saksi yang dipercayai menyaksikan kemaluan lelaki masuk ke dalam faraj perempuan terbabit. Dalam kata lain, hampir mustahil untuk kita menemui pasangan berzina membiarkan empat orang saksi menonton perzinaan mereka melainkan pasangan itu memang pejuang zina secara terbuka.

Dr Maza turut menambah, jika perkata yang disebutkan seperti di atas tidak berjaya dibuktikan, kes zina hanya boleh disabit dengan pengakuan yang berterusan oleh pelaku.

Artikel berkaitan: PU Azman Dijatuhkan Hukuman Penjara 7 Tahun & 2 Sebatan

Artikel berkaitan: Tukang Rumah Jadi Individu Pertama Di Terengganu Dis*bat Depan Khalayak Sebab Berkhalwat

Screenshot 2024 12 28 At 4.03.45 Pm

Mufti Perlis itu juga menambah, tiada penetapan syarak menyuruh pesalah zina disebat di khalayak ramai. Bahkan, menyebat kes seperti itu di khalayak ramai dibimbangi bercanggah dengan kehendak syarak yang menyuruh menutup keaiban peribadi individu.

Secara kesimpulannya, beliau berkata agama Islam ini disifatkan sebagai anti gosip dan tidak suka pelaksanaan hukuman zina melainkan individu itu memang penzina tegar secara terang tanpa selindung atau dia sendiri benar-benar menuntut dirinya dihukum.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Sebat Pesalah Khalwat Di Khalayak Umum Bukan Ajaran Islam – Mufti Perlis
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sebat-pesalah-khalwat-di-khalayak-umum-bukan-ajaran-islam-mufti-perlis/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM